Thursday, December 2, 2010

apa kata ko?

assalamualaikum dan salam sejahtera,

em byk sangat habuk2 dan sawang2 labah2 kat sini...tibalah masanya aku nak bersihkan semuanya...kasi clear utk aku bermadah kembali disini...sejak post yg lepas, byk yg berlaku sekitar kehidupan aku...

aku mulakan dgn kerja...
bukan keje baru, cuma ofis baru...dari dayabumi ke uoa bangsar...hehe...nak kata best tu bestlh gak, cuba tak biasa lg...so, rasa janggal sikit...kalu dulu makan kat pejabat tanah murah n sedap, kat sini mahal dn tak sedap (bukan semua lh...hehe).

kemudian pasal aku,
hehe, aku dh beli fz150i yg aku idam2kn dr dulu...haha, dh dpt...puas hati...sekali sekala mati jugak time nk jln, tp biasalh, bdk baru nk naik moto clucth...hehe...cuma disadvantage yg paling xleh belah sekali storage compartment...siot, langsung takde...celah2 pn takde beb...aku nak simpan baju ujan pn tak tau mane nk selit...aduhai fzku syng...apa ny?

em, ny pasal cinta,
em, selepas aku menyingle selama 6 bulan, aku bertemu seorg gadis dlm fb. lawalh gak, peramah, bijak, garang sikitlh...tp dia adalah cinta aku kini...hehe...em, harap berkekalan dan berpanjangan hendaknya...amin....hehe....

em, tak sabar nk share story lg, tp next postlh...hehe...bye...

Monday, August 30, 2010

...Hikayat Tersimpan Kata Panglima....

Sudah lama aku simpan post ini didalam draft box blogspot ni...
aku sendiri tak ingat bila dan dimana post ini dihasilkan, mungkin sudah setahun lamanya terperam tetapi tidak lain dan tidak bukan, inilah masanya aku memperlihatkan kandungannya...

aku tidak pernah meluahkan perasaan di dunia nyata. aku tidak tahu dan faham erti 'meluahkn perasaan' itu...bukan sifatku begitu...

...tetapi jika aku diberi ruang utk bercerita tentangnya...maka beginilah hikayat cerita itu....

tersebutlah suatu hikayat yang tersimpan lama didalam almari pusaka panglima yg terkenal, dimana diakhir hayatnya cuma keampunan dan kemaafan yg dimintanya. kekesalan yang tidak terubat menyakitkan jiwanya, menantikan kemaafan dari seorg insan...

"ampunkan aku, atas segala kesusahan dan kesengsaraan yg telah aku bawa semenjak perkenalan kita berdua. aku cuma mahukan kebahagiaan, tetapi takdirku membawaku ke jalan yang sebaliknya. Raja2 dan Pembesar2 serata negeri mengikut telunjukku,kemahuan ku, namun hatiku sendiri tidak dapatku tentangi. cara hati bergerak bagai layang2 ditiup angin pantai. biarpun talinya ku pegang, tapi lenggoknya angin yang tentukan.
semoga hatimu sembuh dan semoga cinta tidak berbalasmu disambut seorang lelaki yang layak dan yang istimewa, melayanmu sebaik mungkin. aku tidak dapat meneruskan kehidupan ini lagi, tetapi aku doakan kau mencapai kebahagiaan dan semoga akhiran mu lebih baik dan lebih menyenangkan.maafkan aku..."

kata-kata itu membuatkan wanita itu mengalirkan air matanya, jatuh menitis di muka panglima yang mati dgn badan tercucuk panah...

Saturday, August 21, 2010

Ramadhan Al-Mubarak 2010

Alhamdulillah, aku bertemu jua aku dgn bulan penuh kerahmatan ini sekali lagi. Cepat sungguh masa berlalu bagai angin yang berlalu di tepian pantai, sekejap sekejap menghembus sayu angin bayu. Ramadhan, setahun sudah berpisah...akhirnya bertemu lagi....
-
-
-
Memandangkan istimewanya Ramadhan, ia banyak meninggalkan kenangan yang tidak dapat dilupakan.Antaranya Anas, roomateku yg terpaksa melepaskan kedudukannya di KBB kerna menjalani rawatan kemoterapi. Sewaktu dia masih menjadi penghuni KBB, masjidlah yang menjadi tempat santapan berbuka kami. Lauk nasi putih di sana tidak kurang hebatnya, dan suasana berbuka yang diselangi bacaan ayat2 Quran mententeramkan hatiku yang tidak sabar utk berbuka.
-
-
-
Pemikiranku melayang sebentar terkenangkan sewaktu di UTM dulu, waktu berbuka dgn rakan2 dan sahur bersama kadang2 membuatkan diri terasa nostalgia sekejap. That old days, hah, seronok sangat. but life goes on dan aku harapkan masa akan membawa aku lebih banyak kenangan2 seperti itu....
-
-
-------------------------------------------------------------------------------->>
-
-
Harapanku dimakbulkan,
Berbuka dirumah Makcik dan Parent Nwa ternyata tidak kurang hebatnya utk disimpan dlm arkib kenangan Ramadhan. Berbuka dgn sanak saudara Nwa memgembalikan suasana meriah berbuka yang dulunya dikongsi bersama ayah dan mama dirumah membuatkan aku rasa sebak. Mungkin rindu dgn ayah,mama dan adik2 agaknya...tidak putus2 sms aku kirimkan sewaktu berbuka kpd keluarga di utara sana.
-
-
-
Berbuka dgn yoyo memang best. Meriahnya mcm esok dh nak raya, gelak ketawa mengisi ruangan rumah hingga lewat malam. Swimming pool ditingkat bawah juga kami terjah. Aktiviti selepas itu pula bermain fusball hingga bernanah tangan...hehehe...that nite was a goog nite indeed...
-
-
-
next weekend our planning is to go to riz's house...cakap pasal riz, first thing in mind is PETAI...
absolutely...riz raja petai...budak2 kbb(except me) memang gilakan petai, mcm petai tu ganja...hehehe...anyway, cant wait for another exciting journey with you guys...hehehe...

Monday, July 19, 2010

...ekspresi lindungan perasaan...

kecewa, sedih dan marah, gaulan perasaan yang menyelubungi jiwa ketika dia berkata demikian.
dengan lafaz yang lemah tetapi masih jelas, aku lepaskan sebahagian diriku itu untuk mencari cinta yang lain...

seperti runtuhan kota-kota lama yang dulunya megah dan kukuh mempertahankan pantai dan laut, seperti itu juga serpihan serpihan sejarah itu aku buat pedoman dan rujukan untuk kota yang akan dibina di masa hadapan. zaman kegemilangan itu sudah berlalu, dan aku biarkan masa menghilangkan kesan luka itu sedikit demi sedikit...

Jodoh itu milik Allah, dgn hak dan kehendakNya maka manusia akur dgn ketentuan dan perancangan Maha BijaksanaNya. Aku tidak terkecuali, dan berdoalah aku setiap masanya memohon agar pelengkapku hadir menemaniku sepanjang baki perjalanan ini...

Usah dipohon kemaafan, meskipun itu jua yang sudah ku berikan, kerna ini kehendakNya yang lebih utama. Aku redha, malah aku gembira kerna ianya berlalu dgn aman dan sejahtera. Fikiranku tenang dan jiwaku dilapangan luas terbentang.

...Aku tetap aku, cuma yang lainnya hanya kita, mungkin lebih baik begini, kerana aku dan kamu gembira...

Saturday, June 19, 2010

...dalam perjalanan...

letih, sudah 3hari badan ini mengalami demam, batuk dan selsema. ujian darah dari doktor sepatutnya sudah diterima petang tadi...

dalam menaip ini, masih rasa tidak selesa, tak dapat tido dan lelapkan mata. ingatkan dengan ubat2 dari doktor, 100Plus dan koyok sudah cukup meredakan demam dan selsema ini. walaupun keadaan semakin baik, tapi masih tinggal saki baki yang tidak meyenangkan...

single and available, mungkin begitu asing dgn aku. kebiasaan diri ini sentiasa tahu akan nasib di masa hadapan, namun kini aku agak terhuyung hayang membawa diri mencari cinta yg aku nantikan sekian lama. aku tidak salahkan sesiapa, cuma aku berharap segalanya berjalan dgn lancar, kerna ini mungkin perancangan Allah Yg Maha Bijaksana dan Maha Mengetahui...

Hidup KBB kembali ceria, syukur dan alhamdulillah atas nikmat yg diberi Allah sementara ini. Mungkin aku terlalu mengambil mudah semua perkara, dan mungkin itu yg terbaik bagiku, tapi apapun yg berlaku Tuhan selebihnya mengetahui apa yg tersirat...

hah, sudah cukup berfikir tentang itu...fokus utk terus mara dan berjaya dan semoga perjalanan esok, lusa dan masa hadapan diberkati dan dilindungiNya...

Saturday, May 15, 2010

Metamorfosis...

Ahad, 16 May 2010, 9.36 pagi.....

Jendela di bilikku mengundang cahaya matahari, memenuhi ruangan bilik. Suasana tenteram dan aman ini sudah menjadi kebiasaan bagi ku di hujung minggu. Sebenarnya tak terlintas langsung di fikiranku untuk menulis blog hari ini, tapi tiba2 sahaja hati tergerak untuk mengisi post blog ini.

its been a while...dari post ku yang terakhir lalu. Sekarang jwatan ku di Myipo sudah tetap. Alhamdullilah, dan syukur teramatnya atas rezeki dan rahmatNya ini. Perubahan diri dari kontrak ke tetap bukan satu jalan yang mudah, namun atas kesabaran, akhirnya dapat jua ku kekal disana wat masa ini. Namun, bukan semuanya bertuah.....keciciran seorg sahabatku membuatkan hati sedih bergaul dgn kegembiraan itu tadi...rasanya agak pelik, dan yg pasti tidak enak...

Metamorfosis adalh perubahan kearah kebaikan dan kesempurnaan diri. jadi sebenarnya manusia sentiasa ber'metamorfosis' sepanjang penghidupan mereka di dunia ini. Dari mula membuka mata utk melihat dan membuka mulut utk menangis, manusia mula berubah.....dan akhirnya pemergian dari dunia ini akan melengkapkan proses perubahan diri itu...

jadi, apa yg anda mahu?rama2 yg cantik, dihiasi kebaikan berwarna warni, atau kupu2 yg hodoh lagi menakutkan, berwarnakan hitam keburukan...?

Wednesday, March 10, 2010

beza antara senang dan gembira...

waktu ini aku sedang lepak2 makan dgn kawan2. rasanya dah lama jugak aku tak rasa gembira dan senang begini. sejak 2 3 bulan lepas, banyak konflik dan masalh berlaku dikalangan rakan2 aku... anyway, perkara tu sudah berlalu, ada yang selesai dan ada yang masih berlarutan hingga saat aku menulis blog ini...

aku masih begini, walaupun banyak yg berubah disekeliling ku, atau mugkin aku yg tidak perasan perubahan yg berlaku pd ku...apa-apapun, aku rasa tenang dan aku redha dgn 'plan' yg Tuhan aturkan utk aku...actually, aku masih terumbang-ambing gak akibat statusku di myipo samada kontrak tu dismbng atau dserap tetap...byk manfaat dan kebaikan yg akn aku terima sekiranya aku ditetapkan...terserahlah....

org kata bila kita senang, kita akan gembira...aku rasa senang dan gembira tidak ada kaitan langsung...senang dan gembira itu suatu keadaan yang hampir sempurna...maka dgn itu sukar utk kita capai status itu...aku mungkin gembira, tapi aku rasa kurang senang...byk lagi yg nak dibuat dan nak dicapai...semoga Tuhan memberkatiku dan seterusnya mengizinkan impian2 ku tercapai, dgn caraku sendiri...

Monday, February 8, 2010

Kegembiraan dan ketenangan, tak datang bergolek.....

dipagi Selasa ini aku tak dapat tidur, bukan sebab nyamuk dan bukan juga sebab banyak minum kopi, tapi sebab aku rasa sedikit kecewa dan marah...mungkin kepada diri aku sendiri barangkali. Mungkin mudah bagi org lain nak luahkan kata2 yang terhasil dari hati mereka, tapi aku lebih pentingkan lain-lain dari kata hati tu. Aku pentingkan perasaan org lain, aku pentingkan persahabatan, aku pentingkan imej, dan mungkin kadang2 aku pentingkan ego...ada masanya aku rasakan pengorbanan itu berbaloi, kadang2 aku rasa tidak....

mungkin dgn meluahkan rasa hati aku rasa lebih tenang dan gembira, tapi dgn itu aku mungkin melukakan hati org lainnya...takde yang sempurna dlm soal hati dan perasaan ni, no win win situation, melainkan jika kita selfish...ya, selfish tu yang membuatkn banyak perkara2 mustahil dapat berlaku dlm kehidupan ini, tapi kita manusia ego, dan katakan selfish itu semua jahat, kotor dan jijik...tanpa kita lihat sudut baiknya...

perjalanan ke batu pahat jumaat lalu banyak membuka minda dan jiwa ku...mungkin selama ini aku melihat alam dan dunia dari sudut yang berbeza dari sekarang, namun hakikatnya kita semua menuju kearahnya sama...hai, satu-satu sahabat sekerja pergi meninggalkan aku, meninggalkan alam bujang...mungkin masa aku akan tiba, tapi jujurnya aku rasakan ianya jauh dari capaianku wat masa ini...

Saturday, January 2, 2010

Saving 2009...New File 2010

12 Disember 2009, aku bersama rakan sepejabat berkunjung ke Kulim Kedah. Disana Sg Sedim menjadi tempat riadah pilihan bagi meluangkan masa bersama dan mengiratkan hubungan sesama rakan. Sememangnya Malaysia ini dipenuhi tempat2 menarik dan menyenangkan, itupun kalau kita sendiri mahu mencari dan mengunjungi tempat2 ini. Pendek kata, di sini sudah memadai sekiranya mahu melapangkan fikiran dan beristirehat setelah penat bekerja keras di ibukota. Arus agak deras dan tidak sesuai bagi kanak2, namun diwaktu2 air tenang tempat ini sememangnya menjadi tumpuan keluarga samada dari Kulim mahupun luar Kulim.

Sebenarnya tujuan kami ke utara kali ini bukan semata-mata untuk mandi dan berseronok saja. tujuan utama adalah untuk menghadirkan diri dlm majlis kenduri perkahwinan rakan yg juga sepejabat. tapi kata org, "menyelam sambil minum air",dan mungkin langkah ini merupakan langkah yg sesuai dan bijak dlm suasana itu.

Perjalanan pulang tidak membosankan...dlm mood hendak pulang dan tidur diatas tilam sendiri diselitkan dgn angan2 makan mee udang di Kuala Sepetang...Berdasarkan pengalaman Mughnii, kami ke Kuala Sepetang bagi menjamah mee yg selalu diwar-warkannya sebelum ini. Ternyata Mughnii tidak silap, mee udang Kuala Sepetang memang power dan mengkagumkan...Sssseeeddddaaapppp....huhu....thanks again....


Gen2 Rain baru sahaja dibeli, tak sampai 2 bulan agaknya.tapi ragam gen2 ini bagai 10 tahun lamanya ianya digunakan...byk masalah dan ragamnya...mengalahkan budak tadika yg manja lagi mengada-gada...namun tanpanya kuranglah ahli kenbara utara waktu itu...mengharapkan quicksilver mughnii yg hebat bagaimanapun tetap jua 5 yg mampu dimuatkan...kereta tetap kereta...tidak akan baginya menjadi keretapi....mahupun bas serta lori.....

'New Year Celebration' tahun ini bagiku ku sambut sederhana.bukan diDataran mahupun KLCC, apatah lagi di Bukit Bintang...kali ini hanya dihadapan tv LCD Roy. Roy yg lama tidak pulang ke halaman biliknya membuatkan aku berleluasa dan bermaharajalela di karangan biliknya, hinggakan ramai yg menganggapku sebagai penunggu bilik Roy...apa yg mampu aku lakukan, kerna XBOX ku ada disana...

Selamat Tinggal 2009 dan Selamat Datang 2010...pastinya kenangan 2009 akan terpahat dlm kenangan dan ingatan ku, dan semoga 2010 membawa lebih lagi kenangan dan memori indah untuk diisi didalam ingatanku dan juga didalam blog ini....