Saturday, June 20, 2009

HAri Bapa...

hari ni merupakan hari bapa, hari yg mengiktiraf sumbangan bapa2 dlam kehidupan manusia dan jasa2 mereka dlm mendidik dan memberi sumbangan kpd umat manusia. sumbangan mereka tidak kurang dari sumbangan ibu dlm pembentukan keluarga yg harmoni.

hari ini, saya ingin mengucapkan selamat hari bapa kepada bapaku MAt Akhir bin Lateh kerna jasa2 dan sumbanganmu yg tidak mampu ku balas biarpun seribu kehidupan berulang lagi...apa yg mampuku sumbangkn hanya keikhlasan dlm memdgr kata2 dan nasihat berguna abah dan tidak pernah lupa mendoakan kesejahteraan abah dan mama setiap kali selepas solat....

abah ku seorang yg amat berdikari, dan tabah...sangat2 tegas dlm mendidik anak2 dan amat beretika dan beramanah dalam mengerjakan pekerjaanya sebagai anggota polis. setiap hari abah akan mengawal lalu lintas, tetapi tidak pernah sekalipun abah merungut atas sbb tugasnya yg meletihkan dan memenatkan itu. sebagai seorg ayah,dia telah melakukannya dgn baik sekali. kadang2 aku berasa tidak puas hati dgn caranya mendidik kami adik beradik, tetapi akhirnya ajaran dan tunjukajarnya jelas sekali mendatangkan hasil yg baik dan sempurna. kami semua hidup dgn baik dan yang penting, sentiasa mengutamakan agama, bangsa dan negara...

sikap dedikasi ayah terhadap kerja sememangnya tiada tolok banding. dia sentiasa menasihatiku supaya melakukan tugas dgn amanah dan bersungguh. hehehe, tapi rasanya aku tidak dpt mencontohi sikap ayah yg tiada tolok bandingnya itu..hehe..apapun, aku melakukan kerja ku dgn amanah...

akhir ucapanku sertakan dgn mohon maafku kepada ayah.sememangnya aku tidak mesra dan tidak berasa ramah dgn ayah, tetapi aku tahu dan fahami sikap ayah sebegitu. beliau sudah lama menjalani kehidupan ini, dan sesungguhnya ilmu tentang hidup yg ku cari selama ni semestinya sudah ditemuinya lama dahulu...apa2pun, aku doakan kesejahteraan ayah dan ibu setiap hari hingga nyawaku kembali diambil Ilahi...

Selamat Hari Bapa, ayah...dan ketahuilah aku juga amat menyayangimu...
dari anakmu, shahrul kamal...huhu...adios...

Sunday, June 14, 2009

Kuih Serabai...

hari minggu yang lalu aku ke Pulau Pinang bersama kwn2. cadangan ke pulau pinang ini datangnya dari seorg sahabat bernama roy(bukan nama sebenar) yg kebetulan berasal dari sana. memandangkan waktu lapang di hari minggu itu, aku dan yg lain2 bersetuju utk berkunjung ke Pulau Pinang Pulau mUtiara...

bertolak tepat pukul 2 pagi sabtu, perjalanan yg mengambil masa hampir 6 jam itu cukup meletihkan. dgn mata yg tahan mengantuk dan kepala yg pening2 tak tido, kami menguatkan semangat utk tiba awl di sana. jalan raya agak lengang dan perjalanan kami lancar tanpa sebarang masalah...

setibanay di pulau pinang, terus kami ke kedai milik bonda roy.kami bersarapan disana. roy memperkenalkan kami dgn satu kuih yg dinamakan "kuih serabai". kuih serabai ini disertakan dgn kaya inti kelapa dan rasanya agak masin2 sikit. aku tidak berapa mengemarinya...entah, agaknya camnelah nak order kuih ni yek..??

"pokcik, nk serabai rm2,bungkus blh??"

"nasib baik serabai, kalu selekeh??"kata nuar...huhuhu...
"pokcik, nk selekeh satu bungkus..."
"selekeh betullah ko ni..."

huhuhu...petang tu kami mandi di air terjun rimba something(takingat nama tmpt), ke batu feringgi(gmbr2 nanti diuploadkan), pastu ke taman rama2,dan ke pusat bandar... pastu malam lepak2 makan dgn bonda roy and finish with jalan2 sekitar queensbay dan persisir pantai....

keesokan harinya kami bersiap2 utk pulang. berhenti jap kat bukit bendera, pastu terus makan lunch kat "line clear" yg famous tuu...huhuhu..then naik feri ke butterworth utk teruskan perjalanan ke KL...hehe, nanti dulu...kitorang singgah sebentar ke bukit merah utk sesi photography then baru pulang...

weekend lalu memang best, tapi sampai agak lewat n agak mengantuk gak pegi ofis pagi ni..hehehe..

Thursday, June 11, 2009

Sebuah cerita lama...

Sudah bertahun lamanya kisah ini, namun bagiku ianya segar dlm kenangan. ketika aku berusia tidak lebih dari 12 tahun(exactly aku tak ingat usiaku ketika itu), kami tinggal di selangor. so, bila ada peluang, kami akan pulang ke kampung di kedah. masa itu masa menanam padi. jadi sawah akan dipenuhi air dari tali air.

di kampung, tidak banyak yang boleh aku lakukan utk menyeronokkan hati. sekali sekala aku berjalan-jalan ke kolam ikan atuk, atau menonton tv yg tidak berapa jelas siarannya. pendekata, suasananya agak membosankan ketika itu. so, aku ambil keputusan meronda2 kampung dgn basikal buruk atuk.

aku mulakan journeyku dgn cuba mengayuh basikal itu. em, kaki ku tidak kesampaian. tapi usaha gigihku membuahkan hasil sedikit. bergerak jua basikal tua tu mengikutku...gembira rasa hati bagai nak bernikah, aku terus membawa basikal tua itu ke hujung kampung. pemandangannya indah, tenang dan menenangkan.....rasanya mata seorg kanak2 berbeza dgn mata org dewasa dlm melihat keindahan alam ciptaan Tuhan...

on the way back, aku melalui jalan singkat melalui batas2 sawah memandangkan waktu sudah lewat senja. matahari bagaikan menunggu ku pulang sebelum terbenam diufuk pandangan...
kerna cahaya akumasih dapat melihat jalan dan batas2 sawah. namun, kaki ku yg tidak mencapai sepenuhnya pedal basikal membuatkan aku hilang keseimbangan, lalu kepala ku membenam sawah...

aku terkejuzz, aku panik, aku blur...pantas ianya berlaku, tidak sempat utk aku bersedia. dgn kepala yg berselut, basikal yg tenggelam ke dlm sawah dan menampakkn hanya pedal sebelah kanan, aku terus naik ke batas dan melihat basikal tua itu terendam buat sementara waktu.....
lalu dgn semangat juang yg kembali bangkit, aku mengangkat basikal itu. beratnya bukan main, mungkin sudah tersangkut di dalam selut....

di tepi jalan tanah merah aku cuba mengeringkan diri dan basikal. malam sudah menjelma, dan matahari jua tidak menyinarkan jalan utk ku pulang.....namun rumah atuk dapat ku lihat jelas. aku berjalan memimpin basikal tua yg kotor, sekotor baju dn seluar, dan kepalaku...melalui pintu belakang aku memasuki rumah, dan terus mandi...ibu memarahi aku kerna pulang lewat. sambil bertanya kemana perginya aku sepanjang petang. aku mengendahkan pertanyaan ibu kerna sibuk membasuh telinga yang berlumuran lumpur dan selut.

basikal tua yg kotor itu keesookan harinya tetap kotor...atuk mendiamkan diri, memandangkan basikalnya kotor...rasanya atuk memahami jiwa mudaku yg suka mencari pasal...atuk membawa basikal ke kedai haritu...

apa moral dari cerita ini?sebenarnya kalu terlalu takut mengambil risiko, kita juga yg rugi...
sehingga kini aku masih meningati pemandangn yg indah,tenang, dan menenagkan itu..

Monday, June 1, 2009

Melaka Bandaraya Bersejarah...


Sudah bertahun lamanya aku tidak menjejakkan kaki ke Melaka. Rasanya sudah hampir 3 tahun.
Semalam aku bersama rakan-rakan lain membuat keputusan melawat bandar hilir melaka untuk sesi bergambar bersama-sama. perjalanan kami dimulakan seawal 4.30 pagi waktu tempatan.
dalam perjalanan kami singgah sebentar di rumah nenek Nuar(bukan nama sebenar). Suasana pagi dikmpng sememangnya tenteram dan selesa. Bersarapan di warung kampung juga merupakan pengalaman baru buat kami kerna selalunya kami bersarapan di Ketapang yg dikelilingi rumah pangsapuri dan derekan kereta yg parking menghiasi persekitaran itu.

Selepas siap mandi dan menghias diri, kami meneruskan perjalanan ke Melaka. setibanya kami disitu, kami melawat A Famosa yg menjadi simbolik kota Melaka itu. destinasi seterusnya zoo melaka. bagiku zoo melaka tidak begitu menarik. cuma suasana tasik itu cantik dan menarik untuk kita merehatkan minda yg setiap hari dibebani stress dan masalah. memandangkan hari sudah malam dan keesokkan harinya bekerja, kami pun meninggalkan Melaka menuju Kuala Lumpur dan pulang ke pangkuan bilik masing2...

terusku bersiap utk tidur dan selelapnya mata terus terjerumus ke dlm mimpi...
bila mataku dibuka, hari ini tiba dan ku tulis kenangan ku disini...huhuhu...