Tuesday, September 1, 2009

Ramadhan Al Mubarak datang kembali...

Assalamualaikum.

Agaknya bersawang sudah blog aku setelah sekian lamanya aku tidak aktiv menulis blog.
Kesibukan aku sepanjang tempoh masa itu mungkin bukan satu alasan yg baik utk dikemukan. mungkin ketiadaan idea dan topik menarik utk diperkatakan adalah alasan yg lebih berkesan dan tepat. Apa-apa pun, aku ucapkan terima kasih kpd yg sudi membaca blog ini.(rasanya tak ramai...)

Jam sudah menunjukkan tepat pukul 2.37 pagi,bertarikh 2 September 2009 bersamaan 12 Ramadhan 1430 Hijrah. Sepatutnya mata sudah tertutup dan aku sedang diulit mimpi, namun hari ini tidak seperti biasa. mungkin dah pekene nescafe secawan agaknya...
aku ambil masa yg terluang sebelum bersahur ini utk menulis sedikit sebanyak tentang ramadhan dari perspektif diriku sendiri...

ramadhan...aku mula berpuasa sewaktu aku darjah 3. Pertama kali berpuasa dah dpt berpuasa penuh sebulan. alhamdulillah...berkat doa dan sokongan ibu ayah dan berkat persaing terdekat aku iaitu adikku sendiri, aku berusaha melengkapkan puasa sebulan.
kepuasan berpuasa jelas terpancar di wajah ku ketika ayah memberikan wang rm50 kerana berpuasa penuh...huhuhu...

bercakap tentang puasa, tak dpt dipisahkan dgn tarawih, more', raya dan lapar...

tarawih- sejujurnya tidak pernah aku melengkapkan tarawih sebulan dlm hidupku. mungkin menjadi budaya org malaysia yg pada akhir ramadhan malamnya dipenuhi aktiviti raya, terutama 10 mlm terakhir ramadhan...tetapi tidakkh akhir ramadhan itu terselitnya keberkatan dan ganjaran yg teramat besar bg sesiapa yg mencarinya?
mungkin ramadhan kali ini aku dpt mencari mlm itu, mlm seribu bulan...insyallah...

di akhir tarawih penduduk setempat berpakat-pakat menyediakan juadah ringan bagi jemaah yg selesai bertarawih. teringat masa kecik-kecik dulu aku dan rakan-rakan keluar awal dari tarawih dan mengambil juadah. dan selalunya juadah more' ini dijaga makcik atau panggilannya makcik more', bagi mengelakkan sesiapa mengambil juadah awal sebelum selesai tarawih.dgn kecekapan aku dan rakan2, kami berjaya mencuri juadah karipap, kuih lapis dan air teh dgn jayanya dr ditangkap makcik more'.hehehe...

raya-setakat ini aku sentiasa dapat merayakan aidilfitri bersama abah,mama dan adik2 aku. bagiku, raya tidaklah bermakna tanpa mereka disisiku. sewaktu kecil hingga kini, tidak pernah sekalipun pagi rayaku tidak dimulakan dgn pohon maaf ku kpd ibubapaku. bagiku, saat inilah yang aku nantikan sepanjang tahun, saat aku memohon maaf kpd mereka setelah setahun aku melukakan hati mereka, melawan kata2 mereka dan mungkin derhaka sedikit kpd mereka...sedangkan aku tahu jauh dari sudut hatiku mereka tidak pernah sekalipun berkecil hati, mungkin itu yg lebih menyakitkan aku...
huhu...

apa-apa pun, aku disini, kala ini, memohon maaf kepada semua atas mungkin kekasaran, keterlanjuran dan ketidakperasan aku terhadap perasaan semua. disini juga aku sampaikan keampunan bagi semua samada secara langsung atau tidak yg telah mengecilkan hati aku (actually, takde siapa pun yg terlibat)huhuhu....

salam ramadhan dan selamat berpuasa...nantikan blog raya ku nanti...insyallah....
ku akhiri dgn pantun ringkas,

Setahun lama sudah kita berpisah,
kenangan indah sebulan bersamamu kuingati,
kini berulanglah kembali segala kisah,
bertemu kembali ramadhan yang kunanti.....