Saturday, December 27, 2008

Selamat Hari Jadi Ke 23.....

Sudah 23 Tahun aku menjalani kehidupan sebagai manusia. Banyak sudah yang aku tempuhi, dan banyak lagi yang akan aku harungi. Disini, aku ingin mengucapkan terima kasih seikhlas-ikhlas kepada semua yang membantuku menjalani kehidupanku setiap hari. Semoga segala jasa-jasa baik kalian dibalas dgn kebaikan dan rahmat dari Allah swt.

Buat ayahanda dan bonda, anakmu disini mengucapkan ribuan terima kasih atas segala pengorbanan dan jasa2 ayahanda dan bonda. tidak dapat anakmu ini membalas segalanya tu, hanya yang termampu sahaja anakmu berikan. Senikata dari lagu nyanyian aris ariwatan;

Satu... kasih yg abadi
Tiada tandingi dia yang satu
Dua... sayang berpanjangan
Membawa ke syurga kasihnya ibu
Tiga... lapar dan dahaga
Rela berpayahan setianya ayah
Empat... mudah kau ketemu
Berhati selalu beza antara
Kasih dan kekasih( korus )

Ibu kuingat dahulu
Menyisir rambut ku kemas selalu
Ayah menghantar ke sekolah
Bergunalah ilmu bila dewasa
Sayang dengar lagu ini
Untuk kau sandarkan buat pedoman
Jangan manis terus ditelan
Pahit terus dibuang... itu bidalan
Harus kau renungkan

kepada adik2 ku sekalian, terisi sungguh kenangan kita bergurau senda, bergaduh, tetapi bak kata pepatah;

"Air yang dicincang, tidak akan putus jua akhirnya"

SELAMAT HARI LAHIRMU YANG KE23, KAMAL........

Tuesday, December 23, 2008

Pulau Pinang Dan Aku......

18-21 Disember 2008, aku bersama rakan sejawatan yg lain berkunjung ke Pulau Pinang,lebih tepat lagi di batu Feringgi. Tujuan kesana bukan untuk bercuti sahaja, tetapi untuk membincangkan hala tuju bahagian kami dalam mengharungi suasana Harta Intelek dunia kini. disana,banyak yang dibincangkan dan banyak keputusan2 penting dipersetujui.

Holiday Inn letaknya bersebelah pantai. suasananya aman dan tenang, sesuai bagi siapa2 yang inginkan ketenangan. ketenangan penting dalam membuat keputusan yang kritikal. 2232 bilik yang ditakdirkan menerima kunjunganku disana bersama aiman selaku roomate ku disana.

disini diselitkan beberapa gambar buat kenangan ku dan buat santapan, mungkin untuk percutian anda seterusnya.