Monday, July 19, 2010

...ekspresi lindungan perasaan...

kecewa, sedih dan marah, gaulan perasaan yang menyelubungi jiwa ketika dia berkata demikian.
dengan lafaz yang lemah tetapi masih jelas, aku lepaskan sebahagian diriku itu untuk mencari cinta yang lain...

seperti runtuhan kota-kota lama yang dulunya megah dan kukuh mempertahankan pantai dan laut, seperti itu juga serpihan serpihan sejarah itu aku buat pedoman dan rujukan untuk kota yang akan dibina di masa hadapan. zaman kegemilangan itu sudah berlalu, dan aku biarkan masa menghilangkan kesan luka itu sedikit demi sedikit...

Jodoh itu milik Allah, dgn hak dan kehendakNya maka manusia akur dgn ketentuan dan perancangan Maha BijaksanaNya. Aku tidak terkecuali, dan berdoalah aku setiap masanya memohon agar pelengkapku hadir menemaniku sepanjang baki perjalanan ini...

Usah dipohon kemaafan, meskipun itu jua yang sudah ku berikan, kerna ini kehendakNya yang lebih utama. Aku redha, malah aku gembira kerna ianya berlalu dgn aman dan sejahtera. Fikiranku tenang dan jiwaku dilapangan luas terbentang.

...Aku tetap aku, cuma yang lainnya hanya kita, mungkin lebih baik begini, kerana aku dan kamu gembira...