Wednesday, November 18, 2009

Hilangnya cahaya di tengah malam...




Sepanjang aku menjalani kehidupanku di ibukota ini, inilah pertama kalinya aku melihat menara bercahaya ini memadamkan sinarnya. Jam di menara maxis menunjukkan pukul 12 lebih, dan waktu ini KLCC akan memadamkan lampunya yg sudah seharian bersinar...

Friday, October 30, 2009

LAst mInute Incident...

KHamis 29Oct2009 ,tghari...

selepas makan tghari, aku,rain dan hamim keluar membeli kelengkapan perkhemahan. kami dijangka bertolak ke taman negara pada pukul 9 mlm ini. aku tak sabar2 utk ke sana, memandangkan ianya pertama kali aku akan berkanu dan berkhemah sejak aku bekerja. mungkin menjadi pengalaman yg seronok...

namum, mata kananku yg semakin merah membuatkn hati tak senang. kejadian ini berlaku selepas waktu rehat tghari. jadi aku membuat keputusan utk berjumpa doktor. doktor mengatakan mataku sudah dijangkiti virus dan melarang aku utk kemana2 selama 2 hari utk mengelakkan keadaan menjadi teruk, selain mengelakkan virus dari mejangkiti org lain. akhirnya aku terpaksa membatalkan niat utk turut serta bercamping bersama teman2 sepejabat...sedihnya...tapi mungkin dilain masa aku akan kesana...huhuhu...

Sunday, October 25, 2009

aku tak tau nak tulis apa. rasanya byk yg nak dikongsikan bersama, tp mungkin minggu ni kot aku post. jadi,for now, maybe aku share sikit apa yg aku rasa SKRG...
1. first of all, aku rasa bosan, and kepala agak pening2 sikit. maybe letih dn tak cukup tido dari semalam kot. anyway, itu semua masalah kecik je...

2.esok ISNIN. agaknya aku kene MONDAY SICKNESS kot, sbb setiap hari ISnin mood jadi tak berapa happy. mungkin seronok sgt kot weekend, cuti and boleh bgn lmbt sikit. kalu tgk record kedtngn aku, pola menunjukkan isnin adalah hari yg paling kerap aku ambil cuti MC atau kecemasan...huhu...my bad, tapi really, memang tak suka sgt hari Isnin...

3.agaknya perasaan ni yg paling tak sedap aku nk tulis atau nak kongsi...sbb aku rasanya (sikit2 lah) merindui seseorg. kwn atau lebih itu tak penting, cuma harap2 maybe somehow apa yg berlaku tak memutuskan apa yg sudah terbina walaupn hubungan itu sehalus benang...hehehe...

Next week nak bercamping kat TMN NEGARA, so maybe after that aku nak post byk2 gmbr utk dikongsikan bersama...huhu...

Tuesday, September 1, 2009

Ramadhan Al Mubarak datang kembali...

Assalamualaikum.

Agaknya bersawang sudah blog aku setelah sekian lamanya aku tidak aktiv menulis blog.
Kesibukan aku sepanjang tempoh masa itu mungkin bukan satu alasan yg baik utk dikemukan. mungkin ketiadaan idea dan topik menarik utk diperkatakan adalah alasan yg lebih berkesan dan tepat. Apa-apa pun, aku ucapkan terima kasih kpd yg sudi membaca blog ini.(rasanya tak ramai...)

Jam sudah menunjukkan tepat pukul 2.37 pagi,bertarikh 2 September 2009 bersamaan 12 Ramadhan 1430 Hijrah. Sepatutnya mata sudah tertutup dan aku sedang diulit mimpi, namun hari ini tidak seperti biasa. mungkin dah pekene nescafe secawan agaknya...
aku ambil masa yg terluang sebelum bersahur ini utk menulis sedikit sebanyak tentang ramadhan dari perspektif diriku sendiri...

ramadhan...aku mula berpuasa sewaktu aku darjah 3. Pertama kali berpuasa dah dpt berpuasa penuh sebulan. alhamdulillah...berkat doa dan sokongan ibu ayah dan berkat persaing terdekat aku iaitu adikku sendiri, aku berusaha melengkapkan puasa sebulan.
kepuasan berpuasa jelas terpancar di wajah ku ketika ayah memberikan wang rm50 kerana berpuasa penuh...huhuhu...

bercakap tentang puasa, tak dpt dipisahkan dgn tarawih, more', raya dan lapar...

tarawih- sejujurnya tidak pernah aku melengkapkan tarawih sebulan dlm hidupku. mungkin menjadi budaya org malaysia yg pada akhir ramadhan malamnya dipenuhi aktiviti raya, terutama 10 mlm terakhir ramadhan...tetapi tidakkh akhir ramadhan itu terselitnya keberkatan dan ganjaran yg teramat besar bg sesiapa yg mencarinya?
mungkin ramadhan kali ini aku dpt mencari mlm itu, mlm seribu bulan...insyallah...

di akhir tarawih penduduk setempat berpakat-pakat menyediakan juadah ringan bagi jemaah yg selesai bertarawih. teringat masa kecik-kecik dulu aku dan rakan-rakan keluar awal dari tarawih dan mengambil juadah. dan selalunya juadah more' ini dijaga makcik atau panggilannya makcik more', bagi mengelakkan sesiapa mengambil juadah awal sebelum selesai tarawih.dgn kecekapan aku dan rakan2, kami berjaya mencuri juadah karipap, kuih lapis dan air teh dgn jayanya dr ditangkap makcik more'.hehehe...

raya-setakat ini aku sentiasa dapat merayakan aidilfitri bersama abah,mama dan adik2 aku. bagiku, raya tidaklah bermakna tanpa mereka disisiku. sewaktu kecil hingga kini, tidak pernah sekalipun pagi rayaku tidak dimulakan dgn pohon maaf ku kpd ibubapaku. bagiku, saat inilah yang aku nantikan sepanjang tahun, saat aku memohon maaf kpd mereka setelah setahun aku melukakan hati mereka, melawan kata2 mereka dan mungkin derhaka sedikit kpd mereka...sedangkan aku tahu jauh dari sudut hatiku mereka tidak pernah sekalipun berkecil hati, mungkin itu yg lebih menyakitkan aku...
huhu...

apa-apa pun, aku disini, kala ini, memohon maaf kepada semua atas mungkin kekasaran, keterlanjuran dan ketidakperasan aku terhadap perasaan semua. disini juga aku sampaikan keampunan bagi semua samada secara langsung atau tidak yg telah mengecilkan hati aku (actually, takde siapa pun yg terlibat)huhuhu....

salam ramadhan dan selamat berpuasa...nantikan blog raya ku nanti...insyallah....
ku akhiri dgn pantun ringkas,

Setahun lama sudah kita berpisah,
kenangan indah sebulan bersamamu kuingati,
kini berulanglah kembali segala kisah,
bertemu kembali ramadhan yang kunanti.....

Saturday, June 20, 2009

HAri Bapa...

hari ni merupakan hari bapa, hari yg mengiktiraf sumbangan bapa2 dlam kehidupan manusia dan jasa2 mereka dlm mendidik dan memberi sumbangan kpd umat manusia. sumbangan mereka tidak kurang dari sumbangan ibu dlm pembentukan keluarga yg harmoni.

hari ini, saya ingin mengucapkan selamat hari bapa kepada bapaku MAt Akhir bin Lateh kerna jasa2 dan sumbanganmu yg tidak mampu ku balas biarpun seribu kehidupan berulang lagi...apa yg mampuku sumbangkn hanya keikhlasan dlm memdgr kata2 dan nasihat berguna abah dan tidak pernah lupa mendoakan kesejahteraan abah dan mama setiap kali selepas solat....

abah ku seorang yg amat berdikari, dan tabah...sangat2 tegas dlm mendidik anak2 dan amat beretika dan beramanah dalam mengerjakan pekerjaanya sebagai anggota polis. setiap hari abah akan mengawal lalu lintas, tetapi tidak pernah sekalipun abah merungut atas sbb tugasnya yg meletihkan dan memenatkan itu. sebagai seorg ayah,dia telah melakukannya dgn baik sekali. kadang2 aku berasa tidak puas hati dgn caranya mendidik kami adik beradik, tetapi akhirnya ajaran dan tunjukajarnya jelas sekali mendatangkan hasil yg baik dan sempurna. kami semua hidup dgn baik dan yang penting, sentiasa mengutamakan agama, bangsa dan negara...

sikap dedikasi ayah terhadap kerja sememangnya tiada tolok banding. dia sentiasa menasihatiku supaya melakukan tugas dgn amanah dan bersungguh. hehehe, tapi rasanya aku tidak dpt mencontohi sikap ayah yg tiada tolok bandingnya itu..hehe..apapun, aku melakukan kerja ku dgn amanah...

akhir ucapanku sertakan dgn mohon maafku kepada ayah.sememangnya aku tidak mesra dan tidak berasa ramah dgn ayah, tetapi aku tahu dan fahami sikap ayah sebegitu. beliau sudah lama menjalani kehidupan ini, dan sesungguhnya ilmu tentang hidup yg ku cari selama ni semestinya sudah ditemuinya lama dahulu...apa2pun, aku doakan kesejahteraan ayah dan ibu setiap hari hingga nyawaku kembali diambil Ilahi...

Selamat Hari Bapa, ayah...dan ketahuilah aku juga amat menyayangimu...
dari anakmu, shahrul kamal...huhu...adios...

Sunday, June 14, 2009

Kuih Serabai...

hari minggu yang lalu aku ke Pulau Pinang bersama kwn2. cadangan ke pulau pinang ini datangnya dari seorg sahabat bernama roy(bukan nama sebenar) yg kebetulan berasal dari sana. memandangkan waktu lapang di hari minggu itu, aku dan yg lain2 bersetuju utk berkunjung ke Pulau Pinang Pulau mUtiara...

bertolak tepat pukul 2 pagi sabtu, perjalanan yg mengambil masa hampir 6 jam itu cukup meletihkan. dgn mata yg tahan mengantuk dan kepala yg pening2 tak tido, kami menguatkan semangat utk tiba awl di sana. jalan raya agak lengang dan perjalanan kami lancar tanpa sebarang masalah...

setibanay di pulau pinang, terus kami ke kedai milik bonda roy.kami bersarapan disana. roy memperkenalkan kami dgn satu kuih yg dinamakan "kuih serabai". kuih serabai ini disertakan dgn kaya inti kelapa dan rasanya agak masin2 sikit. aku tidak berapa mengemarinya...entah, agaknya camnelah nak order kuih ni yek..??

"pokcik, nk serabai rm2,bungkus blh??"

"nasib baik serabai, kalu selekeh??"kata nuar...huhuhu...
"pokcik, nk selekeh satu bungkus..."
"selekeh betullah ko ni..."

huhuhu...petang tu kami mandi di air terjun rimba something(takingat nama tmpt), ke batu feringgi(gmbr2 nanti diuploadkan), pastu ke taman rama2,dan ke pusat bandar... pastu malam lepak2 makan dgn bonda roy and finish with jalan2 sekitar queensbay dan persisir pantai....

keesokan harinya kami bersiap2 utk pulang. berhenti jap kat bukit bendera, pastu terus makan lunch kat "line clear" yg famous tuu...huhuhu..then naik feri ke butterworth utk teruskan perjalanan ke KL...hehe, nanti dulu...kitorang singgah sebentar ke bukit merah utk sesi photography then baru pulang...

weekend lalu memang best, tapi sampai agak lewat n agak mengantuk gak pegi ofis pagi ni..hehehe..

Thursday, June 11, 2009

Sebuah cerita lama...

Sudah bertahun lamanya kisah ini, namun bagiku ianya segar dlm kenangan. ketika aku berusia tidak lebih dari 12 tahun(exactly aku tak ingat usiaku ketika itu), kami tinggal di selangor. so, bila ada peluang, kami akan pulang ke kampung di kedah. masa itu masa menanam padi. jadi sawah akan dipenuhi air dari tali air.

di kampung, tidak banyak yang boleh aku lakukan utk menyeronokkan hati. sekali sekala aku berjalan-jalan ke kolam ikan atuk, atau menonton tv yg tidak berapa jelas siarannya. pendekata, suasananya agak membosankan ketika itu. so, aku ambil keputusan meronda2 kampung dgn basikal buruk atuk.

aku mulakan journeyku dgn cuba mengayuh basikal itu. em, kaki ku tidak kesampaian. tapi usaha gigihku membuahkan hasil sedikit. bergerak jua basikal tua tu mengikutku...gembira rasa hati bagai nak bernikah, aku terus membawa basikal tua itu ke hujung kampung. pemandangannya indah, tenang dan menenangkan.....rasanya mata seorg kanak2 berbeza dgn mata org dewasa dlm melihat keindahan alam ciptaan Tuhan...

on the way back, aku melalui jalan singkat melalui batas2 sawah memandangkan waktu sudah lewat senja. matahari bagaikan menunggu ku pulang sebelum terbenam diufuk pandangan...
kerna cahaya akumasih dapat melihat jalan dan batas2 sawah. namun, kaki ku yg tidak mencapai sepenuhnya pedal basikal membuatkan aku hilang keseimbangan, lalu kepala ku membenam sawah...

aku terkejuzz, aku panik, aku blur...pantas ianya berlaku, tidak sempat utk aku bersedia. dgn kepala yg berselut, basikal yg tenggelam ke dlm sawah dan menampakkn hanya pedal sebelah kanan, aku terus naik ke batas dan melihat basikal tua itu terendam buat sementara waktu.....
lalu dgn semangat juang yg kembali bangkit, aku mengangkat basikal itu. beratnya bukan main, mungkin sudah tersangkut di dalam selut....

di tepi jalan tanah merah aku cuba mengeringkan diri dan basikal. malam sudah menjelma, dan matahari jua tidak menyinarkan jalan utk ku pulang.....namun rumah atuk dapat ku lihat jelas. aku berjalan memimpin basikal tua yg kotor, sekotor baju dn seluar, dan kepalaku...melalui pintu belakang aku memasuki rumah, dan terus mandi...ibu memarahi aku kerna pulang lewat. sambil bertanya kemana perginya aku sepanjang petang. aku mengendahkan pertanyaan ibu kerna sibuk membasuh telinga yang berlumuran lumpur dan selut.

basikal tua yg kotor itu keesookan harinya tetap kotor...atuk mendiamkan diri, memandangkan basikalnya kotor...rasanya atuk memahami jiwa mudaku yg suka mencari pasal...atuk membawa basikal ke kedai haritu...

apa moral dari cerita ini?sebenarnya kalu terlalu takut mengambil risiko, kita juga yg rugi...
sehingga kini aku masih meningati pemandangn yg indah,tenang, dan menenagkan itu..

Monday, June 1, 2009

Melaka Bandaraya Bersejarah...


Sudah bertahun lamanya aku tidak menjejakkan kaki ke Melaka. Rasanya sudah hampir 3 tahun.
Semalam aku bersama rakan-rakan lain membuat keputusan melawat bandar hilir melaka untuk sesi bergambar bersama-sama. perjalanan kami dimulakan seawal 4.30 pagi waktu tempatan.
dalam perjalanan kami singgah sebentar di rumah nenek Nuar(bukan nama sebenar). Suasana pagi dikmpng sememangnya tenteram dan selesa. Bersarapan di warung kampung juga merupakan pengalaman baru buat kami kerna selalunya kami bersarapan di Ketapang yg dikelilingi rumah pangsapuri dan derekan kereta yg parking menghiasi persekitaran itu.

Selepas siap mandi dan menghias diri, kami meneruskan perjalanan ke Melaka. setibanya kami disitu, kami melawat A Famosa yg menjadi simbolik kota Melaka itu. destinasi seterusnya zoo melaka. bagiku zoo melaka tidak begitu menarik. cuma suasana tasik itu cantik dan menarik untuk kita merehatkan minda yg setiap hari dibebani stress dan masalah. memandangkan hari sudah malam dan keesokkan harinya bekerja, kami pun meninggalkan Melaka menuju Kuala Lumpur dan pulang ke pangkuan bilik masing2...

terusku bersiap utk tidur dan selelapnya mata terus terjerumus ke dlm mimpi...
bila mataku dibuka, hari ini tiba dan ku tulis kenangan ku disini...huhuhu...

Wednesday, May 27, 2009

pagi yg sunyi...

perasaan ku tidak tenteram. hari ini adalah hari Man United vsBarcelano untuk final EUFA Champions League. sebenarnya aku tidak mengikuti liga bola sepak ini, mahupun mane2 liga bola sepak sekalipun. bola sepak bukan minatku.....

hari ini juga tayangan pertama Terminator Salvation ditayangkan di seluruh Malaysia. Mungkin esok kami akan menontonnya di pawagam. mungkin juga kami menonton Syurga Cinta...papepun, aku harap jiwa aku tenteram dan tenang esok...

jarum jam sudah melepasi pukul 12 tgh malam, tetapi mata masih segar, badan masih cergas.
rasa bosan pun sudah memuncak, menjurusku mencatitkan sesuatu di blog yg lama sudah ku tinggalkn sementara waktu...huhuhu...

biarpun perasaan ku gundah gulana, tetapi yakinku esok adalah hari yg gembira dan ceria...
selalunya begitu, dan harap selamanya begitu...

dariku...

Sunday, March 22, 2009

KSAH Song...Once and Always be...



Strong loyalty we give our king
Firm friendship we would like to bring
We march along with strength and will
To help our country win
We aim for truth and courage
For virtues and for values
We're girls and boys of Kolej
Good Kolejians are we

K.S.A.H Alma mater
K.S.A.H young Kolejians all

The problems of the world we face
Seem very small like earth in space
The rainbow of the sky we chase
A great and worthy race
We pupils here are happy
We're cheerful with no worries
For aren't we young Kolejians
We are and proud to be

K.S.A.H Alma mater
K.S.A.H young Kolejians all

A long time ago, when i was a senior student, this is the rhythm and the lyric i was singing every Sunday morning at Dewan Iskandar. It was beautiful and meaningful to me...
I sang it was many years back, but the harmonic sound still freshly vibrating in my ears. I wonder what is happening there,in KSAH...
Anyhow, i will return with proud and pride...someday...Wait for me,My Alma MAtter...

Tuesday, March 3, 2009

Setahun Masa Berlalu...

Genap Setahun Sudah...

4 March 2008, setahun yang lalu. Teringat kali pertama ku melaporkan diri di MyIPO. Perasaan bercampur antara gembira, gemuruh, dan sedikit takut. Aku melaporkan diri sehari lewat dari rakan-rakan lainnya. Keadaan agak senyap dan tegang ketika aku menjejakkan kaki ke dalam bilik latihan.

Tapi itu setahun yang lalu. Dalam tempoh masa setahun ini, banyak yang berlaku, banyak yang berubah. Hampir setiap hari-hariku dipenuhi kenangan dan pengalaman yg pelbagai, samada di pejabat MyIPO mahupun di KBB. Gelak tawa suka duka silih berganti mewarnai kehidupanku di kota Kuala Lumpur ini.

Masa hadapan masih samar-samar dan tidak menentu. Dengan keadaan ekonomi dan kekacauan di serata muka bumi tidak membantuku melegakan keresahanku ini. Tidak siapa tahu masa-masa yang mendatang, adakah baik atau sebaliknya. Cuma yang dapat aku usahakan adalah mengharunginya dengan tenang macam selalu.Huhu.

Harapanku agar kehidupanku dipermudahkan dan semoga halangan dan cubaan dimasa hadapan dapat menjadikanku insan yang lebih baik dan berjaya. Kudoakan juga insan-insan yang ku sayangi dan kuhargai disekelilingku khasnya sentiasa dalam keadaan sihat sejahtera dan aman sentosa.


“Lihatlah apa yang masa lakukan kepada emas, besi dan kayu, lihatlah juga apa yang masa lakukan kepada dirimu. Adakah kamu masih bersinar seperti emas, ataupun kamu mereput seperti kayu dan berkarat seperti besi? ”-zeroxlegend-


(Translation – unfortunately, it is not a zero-defect grammar mistake)
One year later…..

4 march 2008, a year has passed. I remember the first time I came to MyIPO. My feeling was mixed, between happy, nervous and a little bit of fear. I came a day later than my colleague. The atmosphere inside the training room is quiet and a bit tension.

But again, it was a year before. In that period of time, many things happen, many things changed. Almost everyday is filled with various type of new experiences and new memories, whether it is from MyIPO office or in my sweet KBB. Happiness and Sadness came back to back, colouring my life in Kuala Lumpur city.

The future is blur and uncertain. The turbulence in the economic and the chaos that spreading all around the world is not helping with my restlessness. No one ever knows what is going to happen in the future, is it good or otherwise? All I can do right now is to face it with calm, like what I always did.

I hope that my life makes comfortable and I hope for all the obstacles and trials in the future will make me a far better and successful man. I pray to all of man and woman, those are closed to me and those who I cherish especially, always in good health and in peace.

“See what the time have done to the gold, wood and metal, and see what the time have done to yourself. Are you still shining like the gold, or are you rotten like the wood, and rusty like the metal?”-zeroxlegend-



Friday, February 13, 2009

Dia yg lalu.....

semua ini berlaku lama dahulu, sangat lama.
sewaktu aku bersekolah dalam darjah 4.
seperti kebanyakan pelajar yg bersekolah di selangor, waktu pagi kami mengikuti pembelajaran di sekolah rendah kebangsaan, dan waktu petangnya di sekolah rendah agama...
begitu juga jika sebaliknya.

pendekkan cite, aku berjumpa dgn seorg gadis di sek agama.
dia seorg yg tinggi(dibandingkan dgn aku yg rendah ketika itu), kulit putih dan diputihkan lagi dgn bedak2 selori byknya....hahaha....mcm mengalami keputihan je....

but main thing is i like her so much. my everyday wish is to meet her in school, and that is my only wish. aku bangun kerna utk melihat dia, aku mimpi hanya utk bermimpikan dia. org kata cinta waktu persekolah adalah cinta monyet. aku tidak peduli, kerna cinta itu tetap cinta....

aku seorg yg pendiam, hanya berckp dgn kawan2 terdekat dan jauh sekali dgn perempuan.
tak biasa kot. so, setiap kali bertembung dgn dia aku hanya mampu melihatnya, begitu juga dirinya. dia seorg yg pandai, atleast top 3 dlm kelas tu. confident dan berani. apa2 soalan yg ustaz atau ustazah tanya, semua jawab dgn baik dan lengkap.hebat.....

at the end, aku bercakap dgn dia, di hari terakhir persekolahan darjah 6. selepas peperiksaan akhir untuk ujian penilaian rendah agama. aku berkata "bye, jumpa lagi". bodoh, sepatutnya minta no telefon. and that is the end of our love.....it just ends there......

sehingga kini, aku tidak pernah berjumpanya lagi. dia yg ada dlm ingatanku sudah berubah dan berbeza. begitu juga cinta monyet ku itu. umm, kalu aku luahkan perasaanku sewaktu itu, pasti jalan hidupku berbeza dgn jalanku kini...baik buruk, itu kita tak tau...

...just follow the flow and fight 4 ur right...
.....to survive is to love.....

just another special day.....

today, 14 feb 2009 is a valentine day.....and for me, the name means nothing special.....it is like any other saturday, given special name valentine to remind us about something that happen in the past......but today is really a special day.....not because today is valentine......well, i do not celebrate valentine in my life.....today is like any other special day.....simply because you are with me......as long as you with me, that day,that moment,that time, is always a special day.....

Saturday, January 31, 2009

persoalan hidup?

apa yang aku mahu......hidup simple dan tenang
apa yang aku suka......banyak benda, ramai org
apa yang aku tak suka.....menunggu sesuatu.
apa yang aku tak mahu.....perkara2 yg tidak baik
ungkapan seperkataan mengenai diri.....simple
ungkapan seperkataan mengenai hidup.......mencabar
kekasih?.....mereka yg ku kasihi....broad meaning.
lawan/musuh.....mereka yg tidak menghormatiku dan melihatku juga sebagai musuh

untuk kali ini, berakhir disini.

Monday, January 26, 2009

4 Hari Lalu dlm Hidupku......













4 hari yg lalu byk memberi pengalaman baru......
Pengalaman pertama kali menghadiri siaran rakamn rancagn ewah2 yg dihoskan Nabil dn Raja Azura.
Selain itu, juga dpt berkenalan dgn kawan2 baru. Anyway, i really enjoy that moment.
Kt sini ada aku postkan beberapa gmbr buat kenangan dn santapan semua.

Wednesday, January 21, 2009

AJL 2009






Ahad, 18 Jan 2009.



AJL 23.



Menarik, dan merupakan pengalaman pertamaku.



Hebat2 peserta akhir,Meet Uncle Hussein dgn Lagu utkMu juara thn ini.



faizal tahir membolot 3 hadiah. tahniah semua.

Thursday, January 8, 2009


YOUTH'09: Malaysia's Largest Youth Lifestyle Festival. Join over a 100 activities and 50,000 youths across 3 days of excitement.

Date: 9-11 January 2009
Time: 10:30am - 9:30pm
Venue: Putra World Trade Centre, Kuala Lumpur

Let go guys and girls. let gather together and celebrate our unity and harmony.
See you there....hehe....


YOUTH'09 - Malaysia's Largest Youth Lifestyle Festival

Tuesday, January 6, 2009

Januari 2009 hingga Disember 2009....

Perancangan Strategik Tahun 2009.

1. Bercuti ke tempat-tempat menarik di luar negara spt Bali.
  • Memang dah lama planning event2 macam ni. Dalam forum yg biasa aku lawati ada wat lawatan mcm ni. So, maybe ikut sekali kot.
  • Tapi kalau tak dapat, ke Langkawi pun kira menarik jugak,kn?









2. Mengikuti event2 besar sekitar KL....
  • Selama duduk KL ni, yang paling happening pun PC Fair je yg aku pegi. So, maybe YOUTH 09, Juara Lagu antara yg sudah berada dlm list utk ku sertai dalam tempoh masa terdekat ni.....


3. kemajuan diri.
  • em, ini konteksnya luas. Majukan diri dari segi rohani dan jasmani. ingat nk dpt 6 pack hujung tahun ni. tapi kalau dapat 4 pack pun bersyukurr lah.hahaha..

"Manusia hanya boleh merancang dan berusaha, namun akhirnya Tuhan Maha Esa juga yang menentukannya"