Thursday, May 29, 2008

Manusia dan lrT.....

Lrt adalah salah satu dari kemudahan awam yg disediakan untuk kesenangan org ramai.
namun kerana kepadatan penduduk KL yg tinggi, Lrt kdng kala terlalu sesak dengan penumpang dan ini mencetuskan suasana yg kurang selesa.

disini kita dapat melihat pelbagai ragam manusia dari pelbagai latar belakang. ada melayu, cina, india, indon, pakistan dan mcm2 lagi. ada yang lawa, yg cantik, yang menarik, yg ayu dan tidak lupa juga yg kurang semua itu. setiap pagi ku melihat manusia berpusu-pusu menuju tmpt kerja, diantaranya adalh diriku sendiri. semuanya sibuk dengan urusan masing-masing, meninggalkan rumah dengan harapan membawa pulang rezeki untuk diri dan keluarga......

perjalanan 15 minit merupakan perjalanan rutin yg biasaku tempuhi setiap hari bekerje. Dari Maluri ke Masjid Jamek, laluan lazim bagiku ke tmpt kerja. suasana keramaian itu sudah biasa bagiku mestipun ketika permulaannya agak janggal dan asing. setiap manusia ada jalan yang tersendiri dan cara yg tersendiri untuk ke destinasi mereka. aku dengan caraku ini, mereka dengan cara mereka.......

Sunday, May 25, 2008

LrT and MyLife.....

Perjalanan hidupku seharian banyak berkait dengan LrT.
Pegi keje naik LrT, pegi jumpe member2 pun naik LrT. Motosikal just untuk event2 yang
tertentu saja, mcm nak pegi makan and bowling.

Setiap hari aku akan menaiki tren dari Maluri ke Masjid Jamek.
dalam tren sempat lagi usha2 awekz dalam tren, tengok2 kalu ada2 yang menarik and supaya
taklah bosan sangat berdiri dalam 10-15 minit tu.

Semoga esok menjanjikan hari yang lebih baik.....

Wednesday, May 21, 2008

Time moving fast.....

Sejak dewasa ini aku banyak menerima undangan perkahwinan dari sahabat2. em, pejam celik dah hampir setahun agaknya aku menamatkan pengajian di UTM. Satu demi satu sahabatku berhijrah ke alam lain. Bukan alam barzahk tapi alam perkahwinan......

Selamat Pengantin BAru untuk semua.....Aku doakan anda semua bahagia hingga ke akhir hayat.....

Monday, May 19, 2008

intro to myself......

Pertama kali menulis blog bukan suatu yang sukar bagiku. Menulis sudah menjadi sebahagian dari minatku sejak kecil. disini, diharapkan menjadi jendela perhubungan aku dengan semua diluar sana untuk mengenali atau sekadar melapangkan masa membaca blog aku ini.



Umurku di awal usia dewasa, sekarang bekerja di Kuala Lumpur. Hidup tidaklah mewah, sederhana je. Bekas mahasiswa UTM Skudai. Kehidupanku di sini biasa saje, tapi yang penting kita hapy and tak stress sangat. Just enjoy the day and work ur way up to the top.