Thursday, September 11, 2008

Selamat Hari Raya Aidilfitri.....

Raya sudah semakin menjelang tiba. kurang dari 10 hari, umat Islam serata dunia akan menyambut hari mulia, hari kejayaan melawan hawa nafsu, Hari Raya AidilFitri. Dihari ini, digambarkan manusia kembali semula kpd fitrah kejadian mereka, dimana suci dan bersih dari segala dosa hasil latihan dan tarbiah di bulan Ramadhan AlMubarrak......

Bagiku, Hari Raya Aidilfitri adalah hari yg cukup istimewa dan indah. biarpun sudah berpuluh tahun menyambutnya, namun tidak sekalipun aku merasa jemu menyambutnya setiap tahun. dipagi raya, bersalaman kami sekeluarga memohon kemaafan dan keampunan, sebagai permulaan hari yg mulia itu. kemudian diikuti sembahyang raya dan seterusnya menziarahi sanak-saudara dan jiran tetangga. sekiranya kampung kami kunjungi, maka ke pusara moyang dan nenek kami singgah menyedekahkan alfatihah dan doa......

raya kali ini tidak banyak bezanya dgn raya-raya yg lepas, mungkin raya pertamaku semenjak bekerja. adikku izzat tidak dapat pulang beraya dgn kami kali ini. mestipun demikian, raya kali ni tetap istimewa......

SELAmaT HaRi RaYA AidiLFiTri.....maaF ZahIr BatiN.....

Wednesday, September 3, 2008

Hari Kemerdekaan...seterusnya Ramadhan

Sudah 51 tahun Malaysia merdeka.....
tanah yang dahulunya berhutan kini agaknya sudah menjadi bangunan pencakar langit yg
cantik, megah berdiri membelah awan.....kanak-kanak yg dulunya baru mula belajar mengeja kini sudah tua, ditemani cucu-cicit yg berlari keriangan.....pendek kata dalam tempoh masa sebegitu lama, perubahan banyak berlaku.......

namun, rasanya ramai diantara masyarakat malaysia ini masih tidak merdeka minda dan jiwanya.....masih ramai yg terpengaruh dgn budaya dan ideologi barat yg kebanyakannya bertentangan dgn ajaran Islam dan budaya melayu timur.....

zaman dahulu pejuangan berteraskan memperolehi kemerdekaan, namun sekarang usaha mengekalkannya ternyata lebih sukar......sudah berakar budaya barat di hati masyarakat malaysia, sukar disingkirkan sekiranya dibiarkan lebih lama......
semoga dilindungi Allah tanah tumpahnya darahku ini, semoga berkekalan keamanan dan kesejahteraan malaysia.....amin.....


Ramadhan tiba,
syukurku atas nikmat yg diberi Allah selama ini,
ramadan ini bakal mengubahku menjadi lebih baik dan lebih dekat dgn Pencipta,
rasanya diri ini lebih tenang dan aman dalam ramadhan kali ini,
keberkatan mungkin......

kehidupan ku berjalan seperti biasa, ku lalui seperti hari-hari lazimnya, cuma dibulan ini banyak yang perlu dijaga bukan sekadar menahan dari makan dan minum sahaja......

tak sabar hendak pulang ke kampung halaman utk beraya dgn keluarga,
hehehe, puasa baru 3 hari tapi dah nak raya dah pulak........
SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN.........