Sunday, May 27, 2012

Selamat Hari Lahir...

Nak dekat setahun tak tulis blog...sampai lupa password nak masuk  blogspot ni...bila tgk2 balik post g lepas2 rasa macam muda je walaupun sebenarnya dah tua...tapi apa kisah, takde orang pn yg follow blog ni...hahaha...sengal...

Pagi Isnin yang suram ini, langsung takde mood nak buat keje...sebab yang utama adalah sebab gaduh sikit dgn dia...entahlah, sejak kebelakangan ni selalu gaduh, sampai dia ckp kita takde jodoh...mungkin dia marah sgt atau mungkin dia betul2 maksudkannya...papepun aku harapkan yg terbaik...

Esok harijadi dia...kalau nk hantar msg selalunya tgh mlm baru hantar...tapi memandangkan blog ni takde siapa pun baca, biarlah ku ucapkan SELAMAT HARI LAHIR kpd dia yg ku syngi...mungkin sampai akhir waktu dia tak tau aku tulis blog ni utk dia, tetapi biarlah aku dengan cara aku sendiri...

Hadiah yg terbaik dapat aku berikan adalah doa-doa mengiringi hidupmu agar kau sentiasa sihat dan gembira selalu....selain cinta yg tak berbelah bagi ku buat dia yg tercinta...

jiwang pulak pagi isnin ni, anyway, semoga semuanya dalam keadaan sihat sejahtera dan ceria selalu...next post maybe setahun lagi ke...hehe, lepas ny maybe aku akan tulis lebih byk lagi utk....bye for now...

Sunday, October 23, 2011

3.08am ahad 16 oct 2011
...baru kejap tadi lepak2 gn kawan2, tgk real steel kt viva, cite ny sangat best n i highly recommended to all to see it...
sebenarnya hari ini pretty much like ordinary day...
signal handphone kejap dpt kejap x dpt dlm viva shopping mall, sbb tu x dpt msg chacha...sampai skrg dia x reply msg atau panggilan...
she must be angry with me...hehe,sorry dear...
Hidup mcm biasa,semuanya baik dan berjalan lancar...lastweek aku n bberape kwn2 pg travel ke kuching...
it is a wonderful experience...byk perkara2 yg mengelikan hati dan senak perut tergelak masa kat sana...hehe...i'll tell u later about it...
Fikiran dh mula serabut...sbb dh nak moving forward to next step...hehe...nk kene fikir pasal duit, dulu takde fikir2 duit ni...
persiapan utk itu pun x mula lg...actually, im afraid...i dont know what will happen next, harap2 semuanya lancar...
Dah rasa tepu gn live ny...nk kene variaties kn hidup ny gn aktiviti2(outdoor more preferable...hehehe)...sambil2 tu improve diri sikit2...
bdn dh naik, so exerciselh...otak dh karat,lembab, nk kene aktifkn balik... Usia dh makin lanjut, sakit pn dh mula byk, hidup dh mula singkat...

Thursday, December 2, 2010

apa kata ko?

assalamualaikum dan salam sejahtera,

em byk sangat habuk2 dan sawang2 labah2 kat sini...tibalah masanya aku nak bersihkan semuanya...kasi clear utk aku bermadah kembali disini...sejak post yg lepas, byk yg berlaku sekitar kehidupan aku...

aku mulakan dgn kerja...
bukan keje baru, cuma ofis baru...dari dayabumi ke uoa bangsar...hehe...nak kata best tu bestlh gak, cuba tak biasa lg...so, rasa janggal sikit...kalu dulu makan kat pejabat tanah murah n sedap, kat sini mahal dn tak sedap (bukan semua lh...hehe).

kemudian pasal aku,
hehe, aku dh beli fz150i yg aku idam2kn dr dulu...haha, dh dpt...puas hati...sekali sekala mati jugak time nk jln, tp biasalh, bdk baru nk naik moto clucth...hehe...cuma disadvantage yg paling xleh belah sekali storage compartment...siot, langsung takde...celah2 pn takde beb...aku nak simpan baju ujan pn tak tau mane nk selit...aduhai fzku syng...apa ny?

em, ny pasal cinta,
em, selepas aku menyingle selama 6 bulan, aku bertemu seorg gadis dlm fb. lawalh gak, peramah, bijak, garang sikitlh...tp dia adalah cinta aku kini...hehe...em, harap berkekalan dan berpanjangan hendaknya...amin....hehe....

em, tak sabar nk share story lg, tp next postlh...hehe...bye...

Monday, August 30, 2010

...Hikayat Tersimpan Kata Panglima....

Sudah lama aku simpan post ini didalam draft box blogspot ni...
aku sendiri tak ingat bila dan dimana post ini dihasilkan, mungkin sudah setahun lamanya terperam tetapi tidak lain dan tidak bukan, inilah masanya aku memperlihatkan kandungannya...

aku tidak pernah meluahkan perasaan di dunia nyata. aku tidak tahu dan faham erti 'meluahkn perasaan' itu...bukan sifatku begitu...

...tetapi jika aku diberi ruang utk bercerita tentangnya...maka beginilah hikayat cerita itu....

tersebutlah suatu hikayat yang tersimpan lama didalam almari pusaka panglima yg terkenal, dimana diakhir hayatnya cuma keampunan dan kemaafan yg dimintanya. kekesalan yang tidak terubat menyakitkan jiwanya, menantikan kemaafan dari seorg insan...

"ampunkan aku, atas segala kesusahan dan kesengsaraan yg telah aku bawa semenjak perkenalan kita berdua. aku cuma mahukan kebahagiaan, tetapi takdirku membawaku ke jalan yang sebaliknya. Raja2 dan Pembesar2 serata negeri mengikut telunjukku,kemahuan ku, namun hatiku sendiri tidak dapatku tentangi. cara hati bergerak bagai layang2 ditiup angin pantai. biarpun talinya ku pegang, tapi lenggoknya angin yang tentukan.
semoga hatimu sembuh dan semoga cinta tidak berbalasmu disambut seorang lelaki yang layak dan yang istimewa, melayanmu sebaik mungkin. aku tidak dapat meneruskan kehidupan ini lagi, tetapi aku doakan kau mencapai kebahagiaan dan semoga akhiran mu lebih baik dan lebih menyenangkan.maafkan aku..."

kata-kata itu membuatkan wanita itu mengalirkan air matanya, jatuh menitis di muka panglima yang mati dgn badan tercucuk panah...

Saturday, August 21, 2010

Ramadhan Al-Mubarak 2010

Alhamdulillah, aku bertemu jua aku dgn bulan penuh kerahmatan ini sekali lagi. Cepat sungguh masa berlalu bagai angin yang berlalu di tepian pantai, sekejap sekejap menghembus sayu angin bayu. Ramadhan, setahun sudah berpisah...akhirnya bertemu lagi....
-
-
-
Memandangkan istimewanya Ramadhan, ia banyak meninggalkan kenangan yang tidak dapat dilupakan.Antaranya Anas, roomateku yg terpaksa melepaskan kedudukannya di KBB kerna menjalani rawatan kemoterapi. Sewaktu dia masih menjadi penghuni KBB, masjidlah yang menjadi tempat santapan berbuka kami. Lauk nasi putih di sana tidak kurang hebatnya, dan suasana berbuka yang diselangi bacaan ayat2 Quran mententeramkan hatiku yang tidak sabar utk berbuka.
-
-
-
Pemikiranku melayang sebentar terkenangkan sewaktu di UTM dulu, waktu berbuka dgn rakan2 dan sahur bersama kadang2 membuatkan diri terasa nostalgia sekejap. That old days, hah, seronok sangat. but life goes on dan aku harapkan masa akan membawa aku lebih banyak kenangan2 seperti itu....
-
-
-------------------------------------------------------------------------------->>
-
-
Harapanku dimakbulkan,
Berbuka dirumah Makcik dan Parent Nwa ternyata tidak kurang hebatnya utk disimpan dlm arkib kenangan Ramadhan. Berbuka dgn sanak saudara Nwa memgembalikan suasana meriah berbuka yang dulunya dikongsi bersama ayah dan mama dirumah membuatkan aku rasa sebak. Mungkin rindu dgn ayah,mama dan adik2 agaknya...tidak putus2 sms aku kirimkan sewaktu berbuka kpd keluarga di utara sana.
-
-
-
Berbuka dgn yoyo memang best. Meriahnya mcm esok dh nak raya, gelak ketawa mengisi ruangan rumah hingga lewat malam. Swimming pool ditingkat bawah juga kami terjah. Aktiviti selepas itu pula bermain fusball hingga bernanah tangan...hehehe...that nite was a goog nite indeed...
-
-
-
next weekend our planning is to go to riz's house...cakap pasal riz, first thing in mind is PETAI...
absolutely...riz raja petai...budak2 kbb(except me) memang gilakan petai, mcm petai tu ganja...hehehe...anyway, cant wait for another exciting journey with you guys...hehehe...