Saturday, May 15, 2010

Metamorfosis...

Ahad, 16 May 2010, 9.36 pagi.....

Jendela di bilikku mengundang cahaya matahari, memenuhi ruangan bilik. Suasana tenteram dan aman ini sudah menjadi kebiasaan bagi ku di hujung minggu. Sebenarnya tak terlintas langsung di fikiranku untuk menulis blog hari ini, tapi tiba2 sahaja hati tergerak untuk mengisi post blog ini.

its been a while...dari post ku yang terakhir lalu. Sekarang jwatan ku di Myipo sudah tetap. Alhamdullilah, dan syukur teramatnya atas rezeki dan rahmatNya ini. Perubahan diri dari kontrak ke tetap bukan satu jalan yang mudah, namun atas kesabaran, akhirnya dapat jua ku kekal disana wat masa ini. Namun, bukan semuanya bertuah.....keciciran seorg sahabatku membuatkan hati sedih bergaul dgn kegembiraan itu tadi...rasanya agak pelik, dan yg pasti tidak enak...

Metamorfosis adalh perubahan kearah kebaikan dan kesempurnaan diri. jadi sebenarnya manusia sentiasa ber'metamorfosis' sepanjang penghidupan mereka di dunia ini. Dari mula membuka mata utk melihat dan membuka mulut utk menangis, manusia mula berubah.....dan akhirnya pemergian dari dunia ini akan melengkapkan proses perubahan diri itu...

jadi, apa yg anda mahu?rama2 yg cantik, dihiasi kebaikan berwarna warni, atau kupu2 yg hodoh lagi menakutkan, berwarnakan hitam keburukan...?