Saturday, December 27, 2008

Selamat Hari Jadi Ke 23.....

Sudah 23 Tahun aku menjalani kehidupan sebagai manusia. Banyak sudah yang aku tempuhi, dan banyak lagi yang akan aku harungi. Disini, aku ingin mengucapkan terima kasih seikhlas-ikhlas kepada semua yang membantuku menjalani kehidupanku setiap hari. Semoga segala jasa-jasa baik kalian dibalas dgn kebaikan dan rahmat dari Allah swt.

Buat ayahanda dan bonda, anakmu disini mengucapkan ribuan terima kasih atas segala pengorbanan dan jasa2 ayahanda dan bonda. tidak dapat anakmu ini membalas segalanya tu, hanya yang termampu sahaja anakmu berikan. Senikata dari lagu nyanyian aris ariwatan;

Satu... kasih yg abadi
Tiada tandingi dia yang satu
Dua... sayang berpanjangan
Membawa ke syurga kasihnya ibu
Tiga... lapar dan dahaga
Rela berpayahan setianya ayah
Empat... mudah kau ketemu
Berhati selalu beza antara
Kasih dan kekasih( korus )

Ibu kuingat dahulu
Menyisir rambut ku kemas selalu
Ayah menghantar ke sekolah
Bergunalah ilmu bila dewasa
Sayang dengar lagu ini
Untuk kau sandarkan buat pedoman
Jangan manis terus ditelan
Pahit terus dibuang... itu bidalan
Harus kau renungkan

kepada adik2 ku sekalian, terisi sungguh kenangan kita bergurau senda, bergaduh, tetapi bak kata pepatah;

"Air yang dicincang, tidak akan putus jua akhirnya"

SELAMAT HARI LAHIRMU YANG KE23, KAMAL........

Tuesday, December 23, 2008

Pulau Pinang Dan Aku......

18-21 Disember 2008, aku bersama rakan sejawatan yg lain berkunjung ke Pulau Pinang,lebih tepat lagi di batu Feringgi. Tujuan kesana bukan untuk bercuti sahaja, tetapi untuk membincangkan hala tuju bahagian kami dalam mengharungi suasana Harta Intelek dunia kini. disana,banyak yang dibincangkan dan banyak keputusan2 penting dipersetujui.

Holiday Inn letaknya bersebelah pantai. suasananya aman dan tenang, sesuai bagi siapa2 yang inginkan ketenangan. ketenangan penting dalam membuat keputusan yang kritikal. 2232 bilik yang ditakdirkan menerima kunjunganku disana bersama aiman selaku roomate ku disana.

disini diselitkan beberapa gambar buat kenangan ku dan buat santapan, mungkin untuk percutian anda seterusnya.

Wednesday, November 5, 2008

Khas atas Permintaan Seseorg....

Seingat aku
Kita pernah bertemu dulu
Di satu pesta keramaian

Anggun wajah mu
Menjadi perhatian
Dan hatiku juga berkocakan

Bagai lena yang diulit
Mimpi bertemu
Ingin ku jadikan mu penyeri
Warna hidup ini

Oh tiada ter banding indah
Sewaktu bersamamu intan
Hilai tawa terpancarlah
Oh sinaran keinginan

Ingin dikasih
Seperti insan sedang berkasih .. oh

Kau telah isikan
Ruangku yang kekosongan
Jadilah seorang insan
Yang penuh dengan pengertian

Yang amat mengharukan
Kalimahmu luahan dalam
Bukan sekadar puisi ciptaan
tapi tulus ikhlas dan kesungguhan ..oh

Monday, November 3, 2008

Treasure your life......

semalam...
dikedai makan BUBU kami menatap santapan makan malam,
sungguh ramai pelanggan di kedai tersebut, lebih ramai dari kebiasaannya,
namun, kerna keyakinan terhadap keenakkan makanan disitu,
tetap juga kami duduk dan memesan makanan....

lama, lama, lama, lebih lama dari biasa kami menantikan pesanan makanan kami,
sambil berborak-borak, melawak-lawak, memilih tajuk lagu bagi sesi karaoke yg dirancang selepas makan malam itu,
aku menunggu tomyam ku sampai.....

ketika aku bersama sahabat-sahabat seblok aku sedang menantikan pesanan makan malam tiba di meja sempit kami, Riz (bukan nama sebenar) menerima pesanan SMS dari teman sebilik kami...

tidak baik, sangat tidak baik berita yg disampaikan Si Anaz (bkn nama sebenar),
kenapa begitu, sedangkan selama ini dia kelihatan sihat dan stabil,
teringat sewaktu masa semuanya gembira dan riang,
kini sahabatku ini meninggalkan semua itu dan membawa diri mengendahkan kawan2nya dan memgambil berat akan dirinya....

diluar klinik aku menanti bersama yg lain,
dia nampaknya selamat, dan semoga berpanjangan keadaan ituku harapkan,
tak banyak yang mampu aku katakan,
cuma hargailah nyawamu kerana ianya tidak ternilai harganya.......

semoga sedarlah kau dari khayalan kau yang membinasakan diri,
datanglah kepada kami dan ceritakan kisah2 dukamu utk kami dengari.....

Wednesday, October 22, 2008

Susah sangat ke nak ucapkan terima kasih.....?

salam sejahtera,

dalam kehidupan kita sebagai manusia, banyak pahit manis yang akan kita tempuhi. dari semasa ke semasa, rentetan peristiwa bersambung-sambung lalu membentuk suatu jalan kehidupan yang sentiasa mendekati penghujung perjalanannya. dalam sejarah hidup itu, pasti dan mesti ada yang membantu dan meringankan duka dan derita mahupun pertolongan ikhlas insan sesama insan......

ucapan terima kasih, bagiku terlalu mudah disebutkan. umpama menarik nafas, bukan kerna ianya murah, tetapi kerana didikan keluarga yang amat mengutamakan akhlak dan budi pekerti yg baik dan sopan. setiap pertolongan dan bantu yg diterima kita akhiri dgn ucapan terima kasih, dan sekiranya giliran dia utk menerima pertolongan, juga ucapan itu yg kita terima darinya.....

Perkataan banyak membawa keretakan dalam perhubungan manusia sesama manusia. ada yang bercerai setelah lama berkahwin, sahabat menjadi musuh, pertelingkahan yg tidak berkesudahan, kerna kata2 yg melukakan hati dan menyinggung perasaan. mungkin dgn hanya ucapan terima kasih sahaja dapat menyelamatkan terputusnya hubungan......

buat renungan....

Wednesday, October 8, 2008

Seminggu Sudah....

Salam Sejahtera,
sudah seminggu lebih masyarakat Islam di Malaysia meraikan Hari Raya Aidilfitri. Sememangnya suasana hari raya tidak pernah luntur dari sanubari masyarakat Islam di Malaysia. Walaupun sederhana, tetapi perayaan kemenangan diraikan dengan penuh erti dan dalam suasana perayaan ini juga kita seharusnya mengambil peluang merapatkan ikatan sesama manusia dan dengan Pencipta.

Walaupun kesihatan tidak seberapa baik ketika raya ini, tetapi persekitaran yg meriah tidak akan ku sia2kan kedatangannya yg setahun sekali itu. Selepas bersalam-salam bersama keluarga, kami bersembahyang raya di masjid. ramai sungguh manusia memenuhi masjid itu. agaknya ramai yg sudah kembali ke kampung utk raya kali ini. sesudah itu, ke rumah saudara2 terdekat kami menyerbu. pertama kali memberi duit raya adalah pengalaman yg tidak dapat aku lupakan. selalunya kita menerima, tetapi mula raya ini kita juga tidak lupa memberi. dapat kulihat sinar cahaya yg indah terpancar dari wajah kanak2 yg menerima duit rayaku. meskipun tidak banyak, tetapi keikhlasan aku diharap diterima baik mereka dgn hati yg tenang.

adikku izzat tidak dapat pulang raya ini. di India dia beraya dgn sahabat2 medicnya disana. biarpun jauh dimata, dia tidak lupa menelefon kami disini, bertanyakan khabaran dan menyampaikan berita. Semoga berjaya kau disana.....

Thursday, September 11, 2008

Selamat Hari Raya Aidilfitri.....

Raya sudah semakin menjelang tiba. kurang dari 10 hari, umat Islam serata dunia akan menyambut hari mulia, hari kejayaan melawan hawa nafsu, Hari Raya AidilFitri. Dihari ini, digambarkan manusia kembali semula kpd fitrah kejadian mereka, dimana suci dan bersih dari segala dosa hasil latihan dan tarbiah di bulan Ramadhan AlMubarrak......

Bagiku, Hari Raya Aidilfitri adalah hari yg cukup istimewa dan indah. biarpun sudah berpuluh tahun menyambutnya, namun tidak sekalipun aku merasa jemu menyambutnya setiap tahun. dipagi raya, bersalaman kami sekeluarga memohon kemaafan dan keampunan, sebagai permulaan hari yg mulia itu. kemudian diikuti sembahyang raya dan seterusnya menziarahi sanak-saudara dan jiran tetangga. sekiranya kampung kami kunjungi, maka ke pusara moyang dan nenek kami singgah menyedekahkan alfatihah dan doa......

raya kali ini tidak banyak bezanya dgn raya-raya yg lepas, mungkin raya pertamaku semenjak bekerja. adikku izzat tidak dapat pulang beraya dgn kami kali ini. mestipun demikian, raya kali ni tetap istimewa......

SELAmaT HaRi RaYA AidiLFiTri.....maaF ZahIr BatiN.....

Wednesday, September 3, 2008

Hari Kemerdekaan...seterusnya Ramadhan

Sudah 51 tahun Malaysia merdeka.....
tanah yang dahulunya berhutan kini agaknya sudah menjadi bangunan pencakar langit yg
cantik, megah berdiri membelah awan.....kanak-kanak yg dulunya baru mula belajar mengeja kini sudah tua, ditemani cucu-cicit yg berlari keriangan.....pendek kata dalam tempoh masa sebegitu lama, perubahan banyak berlaku.......

namun, rasanya ramai diantara masyarakat malaysia ini masih tidak merdeka minda dan jiwanya.....masih ramai yg terpengaruh dgn budaya dan ideologi barat yg kebanyakannya bertentangan dgn ajaran Islam dan budaya melayu timur.....

zaman dahulu pejuangan berteraskan memperolehi kemerdekaan, namun sekarang usaha mengekalkannya ternyata lebih sukar......sudah berakar budaya barat di hati masyarakat malaysia, sukar disingkirkan sekiranya dibiarkan lebih lama......
semoga dilindungi Allah tanah tumpahnya darahku ini, semoga berkekalan keamanan dan kesejahteraan malaysia.....amin.....


Ramadhan tiba,
syukurku atas nikmat yg diberi Allah selama ini,
ramadan ini bakal mengubahku menjadi lebih baik dan lebih dekat dgn Pencipta,
rasanya diri ini lebih tenang dan aman dalam ramadhan kali ini,
keberkatan mungkin......

kehidupan ku berjalan seperti biasa, ku lalui seperti hari-hari lazimnya, cuma dibulan ini banyak yang perlu dijaga bukan sekadar menahan dari makan dan minum sahaja......

tak sabar hendak pulang ke kampung halaman utk beraya dgn keluarga,
hehehe, puasa baru 3 hari tapi dah nak raya dah pulak........
SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN.........

Monday, August 11, 2008

Perjalanan Pulang ke Kampung Halaman.........

dah lama aku tidak pulang ke kampung. terbuka hatiku untuk memohon cuti bagi membolehkan ku pulang ke kampung halaman. cutiku dengan segera diluluskan......









Jumaat, 1 ogos 2008,
aku menaiki bas di puduraya tepat pukul 11 malam. ini pertama kali ku menaiki bas 2 tingkat. tempat duduk ku dibelakang sekali tingkat bawah.......kulihat lipas2 berkeliaran menari2 di sekeliling tempat dudukku......aku mengambil keputusan utk menukar tmpt dudukku.......

perjalanan yg mengambil masa lebih kurang 6jam berlalu bagai angin bayu bertiup perlahan.......nyaman dan tidakku sedar tibanya diriku di alor setar.......

ayah menyemput ku walaupun dia sedang bekerja.......
petang hari itu juga kenduri makcikku berlangsung di kampung....meriah....









tidak banyak yang kekal sama seperti dulu
namun masih ada yg masih seperti dulu, dan aku selesa dgn keadaan itu......
sesuatu itu ada kalanya lebih baik dikekalkan sebegitu rupa biarpun masa beredar lalu......



Tuesday, June 17, 2008

Forum....

Aku baru join satu forum yg diperkenalkan oleh sahabatku......
CariGold, nak kata best tu kene tgk topic jugaklah,
kalu nak release stress and tension aku cdngkn try forum ni......
kehidupan aku setakat ni ok je.....syukur atas nikmat pemberian tuhan.....

Sunday, June 15, 2008

Selamat Hari BApa

semalam merupakan hari bapa,
aku menghantar ucapanku yg ringkas kpd ayahanda di kampung,
reply ye mendoakan kejayaanku di sini......thanks dad......

suatu hari nanti tiba masanya aku menerima ucapan dari anakku......
sehingga hari itu tiba, mungkin aku tidak dapat memahami pengertian seorg ayah.....

Tuesday, June 10, 2008

Menjangkakan yg Tidak Dijangka.....

Harga minyak naik 40%, secara logiknya segala aspek kehidupan yg menggunakan minyak petrol juga akan naik dengan kadar 40%.....

Amat mengejutkan penduduk Malaysia bila harga minyak naik mendadak.
Apa yg dirisaukan adalah dengan kenaikan harga minyak ini, harga barangan komoditi juga akan naik. alasan kenaikan minyak dijadikan juga alasan bagi kenaikan harga barang2 semasa.

Jadi, pelbagai pihak kini mencari penyelesaian yg sesuai bg mengelakkan ketidakseimbangan harga dalam pasaran.......

Kita lihat apa akan terjadi, sementara ini bersedialah dgn persiapan rapi......

Wednesday, June 4, 2008

KE duNiA BAru......

Kepada Rasyidah dan Suami, Selamat Pengantin Baru dan Semoga bahagia ke akhir hayat

Arip dan Tikah, Semoga Berpanjangan perhubungan suci kalian dan aku doakan berkekalan hingga hembusan nafas yang terakhir....
Selamat Pengantin Baru Arip


Frenz wedding attended:

Rashidah and husband (18 Mei 2008)
aRip and Tikah (31 Mei 2008)

Thursday, May 29, 2008

Manusia dan lrT.....

Lrt adalah salah satu dari kemudahan awam yg disediakan untuk kesenangan org ramai.
namun kerana kepadatan penduduk KL yg tinggi, Lrt kdng kala terlalu sesak dengan penumpang dan ini mencetuskan suasana yg kurang selesa.

disini kita dapat melihat pelbagai ragam manusia dari pelbagai latar belakang. ada melayu, cina, india, indon, pakistan dan mcm2 lagi. ada yang lawa, yg cantik, yang menarik, yg ayu dan tidak lupa juga yg kurang semua itu. setiap pagi ku melihat manusia berpusu-pusu menuju tmpt kerja, diantaranya adalh diriku sendiri. semuanya sibuk dengan urusan masing-masing, meninggalkan rumah dengan harapan membawa pulang rezeki untuk diri dan keluarga......

perjalanan 15 minit merupakan perjalanan rutin yg biasaku tempuhi setiap hari bekerje. Dari Maluri ke Masjid Jamek, laluan lazim bagiku ke tmpt kerja. suasana keramaian itu sudah biasa bagiku mestipun ketika permulaannya agak janggal dan asing. setiap manusia ada jalan yang tersendiri dan cara yg tersendiri untuk ke destinasi mereka. aku dengan caraku ini, mereka dengan cara mereka.......

Sunday, May 25, 2008

LrT and MyLife.....

Perjalanan hidupku seharian banyak berkait dengan LrT.
Pegi keje naik LrT, pegi jumpe member2 pun naik LrT. Motosikal just untuk event2 yang
tertentu saja, mcm nak pegi makan and bowling.

Setiap hari aku akan menaiki tren dari Maluri ke Masjid Jamek.
dalam tren sempat lagi usha2 awekz dalam tren, tengok2 kalu ada2 yang menarik and supaya
taklah bosan sangat berdiri dalam 10-15 minit tu.

Semoga esok menjanjikan hari yang lebih baik.....

Wednesday, May 21, 2008

Time moving fast.....

Sejak dewasa ini aku banyak menerima undangan perkahwinan dari sahabat2. em, pejam celik dah hampir setahun agaknya aku menamatkan pengajian di UTM. Satu demi satu sahabatku berhijrah ke alam lain. Bukan alam barzahk tapi alam perkahwinan......

Selamat Pengantin BAru untuk semua.....Aku doakan anda semua bahagia hingga ke akhir hayat.....

Monday, May 19, 2008

intro to myself......

Pertama kali menulis blog bukan suatu yang sukar bagiku. Menulis sudah menjadi sebahagian dari minatku sejak kecil. disini, diharapkan menjadi jendela perhubungan aku dengan semua diluar sana untuk mengenali atau sekadar melapangkan masa membaca blog aku ini.



Umurku di awal usia dewasa, sekarang bekerja di Kuala Lumpur. Hidup tidaklah mewah, sederhana je. Bekas mahasiswa UTM Skudai. Kehidupanku di sini biasa saje, tapi yang penting kita hapy and tak stress sangat. Just enjoy the day and work ur way up to the top.