Wednesday, October 22, 2008

Susah sangat ke nak ucapkan terima kasih.....?

salam sejahtera,

dalam kehidupan kita sebagai manusia, banyak pahit manis yang akan kita tempuhi. dari semasa ke semasa, rentetan peristiwa bersambung-sambung lalu membentuk suatu jalan kehidupan yang sentiasa mendekati penghujung perjalanannya. dalam sejarah hidup itu, pasti dan mesti ada yang membantu dan meringankan duka dan derita mahupun pertolongan ikhlas insan sesama insan......

ucapan terima kasih, bagiku terlalu mudah disebutkan. umpama menarik nafas, bukan kerna ianya murah, tetapi kerana didikan keluarga yang amat mengutamakan akhlak dan budi pekerti yg baik dan sopan. setiap pertolongan dan bantu yg diterima kita akhiri dgn ucapan terima kasih, dan sekiranya giliran dia utk menerima pertolongan, juga ucapan itu yg kita terima darinya.....

Perkataan banyak membawa keretakan dalam perhubungan manusia sesama manusia. ada yang bercerai setelah lama berkahwin, sahabat menjadi musuh, pertelingkahan yg tidak berkesudahan, kerna kata2 yg melukakan hati dan menyinggung perasaan. mungkin dgn hanya ucapan terima kasih sahaja dapat menyelamatkan terputusnya hubungan......

buat renungan....

Wednesday, October 8, 2008

Seminggu Sudah....

Salam Sejahtera,
sudah seminggu lebih masyarakat Islam di Malaysia meraikan Hari Raya Aidilfitri. Sememangnya suasana hari raya tidak pernah luntur dari sanubari masyarakat Islam di Malaysia. Walaupun sederhana, tetapi perayaan kemenangan diraikan dengan penuh erti dan dalam suasana perayaan ini juga kita seharusnya mengambil peluang merapatkan ikatan sesama manusia dan dengan Pencipta.

Walaupun kesihatan tidak seberapa baik ketika raya ini, tetapi persekitaran yg meriah tidak akan ku sia2kan kedatangannya yg setahun sekali itu. Selepas bersalam-salam bersama keluarga, kami bersembahyang raya di masjid. ramai sungguh manusia memenuhi masjid itu. agaknya ramai yg sudah kembali ke kampung utk raya kali ini. sesudah itu, ke rumah saudara2 terdekat kami menyerbu. pertama kali memberi duit raya adalah pengalaman yg tidak dapat aku lupakan. selalunya kita menerima, tetapi mula raya ini kita juga tidak lupa memberi. dapat kulihat sinar cahaya yg indah terpancar dari wajah kanak2 yg menerima duit rayaku. meskipun tidak banyak, tetapi keikhlasan aku diharap diterima baik mereka dgn hati yg tenang.

adikku izzat tidak dapat pulang raya ini. di India dia beraya dgn sahabat2 medicnya disana. biarpun jauh dimata, dia tidak lupa menelefon kami disini, bertanyakan khabaran dan menyampaikan berita. Semoga berjaya kau disana.....