Monday, June 1, 2009

Melaka Bandaraya Bersejarah...


Sudah bertahun lamanya aku tidak menjejakkan kaki ke Melaka. Rasanya sudah hampir 3 tahun.
Semalam aku bersama rakan-rakan lain membuat keputusan melawat bandar hilir melaka untuk sesi bergambar bersama-sama. perjalanan kami dimulakan seawal 4.30 pagi waktu tempatan.
dalam perjalanan kami singgah sebentar di rumah nenek Nuar(bukan nama sebenar). Suasana pagi dikmpng sememangnya tenteram dan selesa. Bersarapan di warung kampung juga merupakan pengalaman baru buat kami kerna selalunya kami bersarapan di Ketapang yg dikelilingi rumah pangsapuri dan derekan kereta yg parking menghiasi persekitaran itu.

Selepas siap mandi dan menghias diri, kami meneruskan perjalanan ke Melaka. setibanya kami disitu, kami melawat A Famosa yg menjadi simbolik kota Melaka itu. destinasi seterusnya zoo melaka. bagiku zoo melaka tidak begitu menarik. cuma suasana tasik itu cantik dan menarik untuk kita merehatkan minda yg setiap hari dibebani stress dan masalah. memandangkan hari sudah malam dan keesokkan harinya bekerja, kami pun meninggalkan Melaka menuju Kuala Lumpur dan pulang ke pangkuan bilik masing2...

terusku bersiap utk tidur dan selelapnya mata terus terjerumus ke dlm mimpi...
bila mataku dibuka, hari ini tiba dan ku tulis kenangan ku disini...huhuhu...

No comments: