Saturday, June 20, 2009

HAri Bapa...

hari ni merupakan hari bapa, hari yg mengiktiraf sumbangan bapa2 dlam kehidupan manusia dan jasa2 mereka dlm mendidik dan memberi sumbangan kpd umat manusia. sumbangan mereka tidak kurang dari sumbangan ibu dlm pembentukan keluarga yg harmoni.

hari ini, saya ingin mengucapkan selamat hari bapa kepada bapaku MAt Akhir bin Lateh kerna jasa2 dan sumbanganmu yg tidak mampu ku balas biarpun seribu kehidupan berulang lagi...apa yg mampuku sumbangkn hanya keikhlasan dlm memdgr kata2 dan nasihat berguna abah dan tidak pernah lupa mendoakan kesejahteraan abah dan mama setiap kali selepas solat....

abah ku seorang yg amat berdikari, dan tabah...sangat2 tegas dlm mendidik anak2 dan amat beretika dan beramanah dalam mengerjakan pekerjaanya sebagai anggota polis. setiap hari abah akan mengawal lalu lintas, tetapi tidak pernah sekalipun abah merungut atas sbb tugasnya yg meletihkan dan memenatkan itu. sebagai seorg ayah,dia telah melakukannya dgn baik sekali. kadang2 aku berasa tidak puas hati dgn caranya mendidik kami adik beradik, tetapi akhirnya ajaran dan tunjukajarnya jelas sekali mendatangkan hasil yg baik dan sempurna. kami semua hidup dgn baik dan yang penting, sentiasa mengutamakan agama, bangsa dan negara...

sikap dedikasi ayah terhadap kerja sememangnya tiada tolok banding. dia sentiasa menasihatiku supaya melakukan tugas dgn amanah dan bersungguh. hehehe, tapi rasanya aku tidak dpt mencontohi sikap ayah yg tiada tolok bandingnya itu..hehe..apapun, aku melakukan kerja ku dgn amanah...

akhir ucapanku sertakan dgn mohon maafku kepada ayah.sememangnya aku tidak mesra dan tidak berasa ramah dgn ayah, tetapi aku tahu dan fahami sikap ayah sebegitu. beliau sudah lama menjalani kehidupan ini, dan sesungguhnya ilmu tentang hidup yg ku cari selama ni semestinya sudah ditemuinya lama dahulu...apa2pun, aku doakan kesejahteraan ayah dan ibu setiap hari hingga nyawaku kembali diambil Ilahi...

Selamat Hari Bapa, ayah...dan ketahuilah aku juga amat menyayangimu...
dari anakmu, shahrul kamal...huhu...adios...

2 comments:

Paan Ovrtd said...

Selamat Hari Abah.

kayghani said...

wei..tolong la update..dah banyak srg labah2 aku tengok..langsuir ada gak..jangan sampai mat pet pun bersarang kat sini..