Thursday, May 29, 2008

Manusia dan lrT.....

Lrt adalah salah satu dari kemudahan awam yg disediakan untuk kesenangan org ramai.
namun kerana kepadatan penduduk KL yg tinggi, Lrt kdng kala terlalu sesak dengan penumpang dan ini mencetuskan suasana yg kurang selesa.

disini kita dapat melihat pelbagai ragam manusia dari pelbagai latar belakang. ada melayu, cina, india, indon, pakistan dan mcm2 lagi. ada yang lawa, yg cantik, yang menarik, yg ayu dan tidak lupa juga yg kurang semua itu. setiap pagi ku melihat manusia berpusu-pusu menuju tmpt kerja, diantaranya adalh diriku sendiri. semuanya sibuk dengan urusan masing-masing, meninggalkan rumah dengan harapan membawa pulang rezeki untuk diri dan keluarga......

perjalanan 15 minit merupakan perjalanan rutin yg biasaku tempuhi setiap hari bekerje. Dari Maluri ke Masjid Jamek, laluan lazim bagiku ke tmpt kerja. suasana keramaian itu sudah biasa bagiku mestipun ketika permulaannya agak janggal dan asing. setiap manusia ada jalan yang tersendiri dan cara yg tersendiri untuk ke destinasi mereka. aku dengan caraku ini, mereka dengan cara mereka.......

No comments: