Sebenarnya tujuan kami ke utara kali ini bukan semata-mata untuk mandi dan berseronok saja. tujuan utama adalah untuk menghadirkan diri dlm majlis kenduri perkahwinan rakan yg juga sepejabat. tapi kata org, "menyelam sambil minum air",dan mungkin langkah ini merupakan langkah yg sesuai dan bijak dlm suasana itu.
Gen2 Rain baru sahaja dibeli, tak sampai 2 bulan agaknya.tapi ragam gen2 ini bagai 10 tahun lamanya ianya digunakan...byk masalah dan ragamnya...mengalahkan budak tadika yg manja lagi mengada-gada...namun tanpanya kuranglah ahli kenbara utara waktu itu...mengharapkan quicksilver mughnii yg hebat bagaimanapun tetap jua 5 yg mampu dimuatkan...kereta tetap kereta...tidak akan baginya menjadi keretapi....mahupun bas serta lori.....
'New Year Celebration' tahun ini bagiku ku sambut sederhana.bukan diDataran mahupun KLCC, apatah lagi di Bukit Bintang...kali ini hanya dihadapan tv LCD Roy. Roy yg lama tidak pulang ke halaman biliknya membuatkan aku berleluasa dan bermaharajalela di karangan biliknya, hinggakan ramai yg menganggapku sebagai penunggu bilik Roy...apa yg mampu aku lakukan, kerna XBOX ku ada disana...
Selamat Tinggal 2009 dan Selamat Datang 2010...pastinya kenangan 2009 akan terpahat dlm kenangan dan ingatan ku, dan semoga 2010 membawa lebih lagi kenangan dan memori indah untuk diisi didalam ingatanku dan juga didalam blog ini....